Tuesday, November 20, 2012

Pas Manipulasi Doa Nabi


"Kalau Kamu pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu telah izinkan bumi Mu telan Qarun, Ya Allah...Kamu laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu menjahanamkan Umno dan BN dalam PRU13..", itulah bait-bait doal yang dilafazkan oleh adik Nik Aziz, Nik Razi.

Mereka merasakan perlu melafazkan doa sedemikian kerana pada mereka kerajaan BN telah bersikap zalim kepada Islam dan umat Islam setelah memerintah lebih 50 tahun.  Bentuk kezaliman yang bagaimana tidak pula dinyatakan oleh Pas. Mungkin erti zalim pada mereka ialah kerana tidak melantik Nik Aziz sebagai Perdana Menteri.

Zalim sangatkah UMNO kepada umat Islam khususnya di Malaysia. Jika benar UMNO bersikap zalim, mana mungkin terdirinya masjid-masjid yang indah dan selesa di seluruh negara. Cuma terpulang kepada orang Islam itu sendiri sama ada mahu atau tidak melaksana suruhan Allah. Tempat telah disediakan, seruan juga telah dipalu (pendidikan agama), hanya tepuk dada tanyalah iman.

Jika Umno zalim, tidak mungkin madrasah-madrasah yang ada sekarang tumbuh bagai cendawan. Malah ada pula madrasah yang mendapat bantuan kerajaan negeri BN. Dan terbaru pada 8 Nov, PM Najib telah melancarkan Yayasan Pembangunan Pondok 1 Malaysia. Walaupun terdapat beberapa wakil pemilik sekolah pondok yang menolak, namun kerajaan telah berusaha untuk melihat sekolah pondok atau madrasah yang mengkhusus kepada Islam terus berkembang. Zalimkah itu?

Jika UMNO zalim, tidak mungkin para jemaah haji kita akan merasa betapa bersyukurnya mereka jika hendak dibandingkan dengan jemaah negara lain. Zalim sangatkah jika kerajaan dengan rela hati menanggung subsidi RM 5000 untuk setiap jemaah melakukan ibadah haji. Tanyalah kepada mereka yang menunaikan haji menggunakan Tabung Haji, dan tanyakan juga kepada mereka keadaan jemaah negara lain. Memang benar ibadah kerana Allah, tapi bukankah kita digalakkan bersyukur dengan pengurusan yang baik, para jemaah dapat melaksanakan ibadah dengan selesa.


Fakta di atas merupakan sekelumit bukti yang menunjukkan bahawa UMNO tidak menzalimi Islam dan umatnya. Apakah puak-puak Pas hari ini dilarang mengerjakan solat oleh UMNO? Tentu tidak. Jadi dimana zalimnya. Malah himpunan solat hajat yang mendoakan kehancuran UMNO juga tidak dibalas dengan doa yang sama oleh UMNO. Apakah orang Pas dilarang mengerjakan haji? Difahamkan sekumpulan imam yang ditaja oleh kerajaan mengerjakan haji baru-baru ini merupakan penyokong Pas. Begitu juga orang-orang Pas yang terdapat dalam perkhidmatan kerajaan. Adakah mereka ditamatkan khidmatnya?

Walau apa pun alasan Pas, rakyat Malaysia sebenarnya hidup dalam aman dan harmoni. Setiap agama bebas menjalan ibadat masing-masing. Tiada penindasan dan kezaliman yang kerajaan lakukan.

Sebenarnya Pas cuba mengaitkan doa tersebut dengan doa yang Nabi baca semasa kepungan tentera musuh ke atas Madinah selama 27 hari dalam Perang Ahzab. Pas cuba menggunaka cara yang sama untuk menghancurkan musuh islam kononnya. Bila masa pula yang UMNO mengepung Pas dan bila masa pula UMNO mengarahkan tentera memusnahkan Pas. Antara doa Nabi semasa dalam kepungan:

دَعَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْأَحْزَابِ عَلَى الْمُشْرِكِينَ فَقَالَ اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ سَرِيعَ الْحِسَابِ اللَّهُمَّ اهْزِمْ الْأَحْزَابَ اللَّهُمَّ اهْزِمْهُمْ وَزَلْزِلْهُمْ
(Ya Allah, yang menurunkan Kitab, cepat perhitungannya. Ya Allah hancurkanlah pasukan bersekutu. Ya Allah, hancurkanlah mereka dan porak-perandakanlah mereka)


Pun begitu doa yang Nabi mohon dalam keadaan yang benar-benar terdesak. Dalam keadaan yang tidak begitu tertekan, Nabi lebih memohon kesejahteraan pelakunya. Dalam satu peristiwa dimana penduduk Taif yang keras menentang Nabi, para malaikat penjaga gunung dan bukit bukau bertanya jika Nabi mahu mengarahkannya membinasakan mereka. Nabi menolak permintaan malaikat tersebut lalu berdoa "wahai Tuhanku, berilah hidayah dan petunjuk Mu kepada kaum ku kerana mereka tidak mengetahui".

Jelas doa Pas adalah doa talian hayat politik Pas.




0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More