Monday, November 5, 2012

Pemimpin UMNO suka buat kerja HARAM... ~ Anwar Ibrahim

Umno BN tak ubah seperti diktator, menggunakan dasar pecah dan perintah untuk terus berkuasa dan membolot kekayaan negara, kata Anwar Ibrahim.

“Diktator memang suka laga dan takutkan rakyat antara orang Melayu, Cina dan India, supaya mereka senang dan terus berkuasa. Sebab itu rakyat perlu bangkit tolak kezaliman.

“Kebangkitan rakyat ini bukannya kerana Anwar, tetapi atas kesedaran rakyat itu sendiri,” katanya pada ceramah Merdeka Rakyat peringkat negeri Pahang di Batu 11, Taman Mahkota Aman malam tadi.

Merujuk Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Dr Yusuf Al-Qardhawi dalam bukunya Thaurah Sha’ab, Anwar menjelaskan, istilah ‘Arab Spring’ itu perlu dimaknai semula, sesuai dengan zaman dan wilayah.

“Kerana ‘Arab Spring’ itu ‘musim’. Kita tidak bermusim. Kebangkitan ini adalah sebuah kesedaran baru,” katanya.

“Kerajaan kata nak kuatkan ekonomi rakyat. Kuatkan ekonomi rakyat macam mana kalau pemimpin bolot permit teksi, kalau beli saham (syarikat arak) San Miguel? Haram pemimpin lakukan begitu,” tegas Anwar.

Anwar juga mendakwa, rakyat bawahan berterusan ditipu dan menjadi pencacai mempertahankan pemimpin Umno BN dan kroni mereka yang rasuah.


p/s: Anwar sorang je bukan diktator dan juga tak pernah rasuah.. Maklumlahhh.., pemimpin yang paling suci lah katakannn....

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More