Saturday, November 10, 2012

PERGHH!!! Ulamak dunia doakan Anwar jadi PM????

Dalam satu ceramah di Perak, Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa Pengerusi Ulama SeDunia, Sheikh Yusof al-Qaradawi yakin, malah mendoakan beliau agar ditabal menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Doa itu katanya tertulis pada pesanan beserta tandatangan pada buku tulisannya berjudul ‘Khaulah Sha’ab’ yang dihadiahkan kepada Anwar (yang kemudian diterjemah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berjudul Kebangkitan Rakyat).

“Dia sendiri tulis – Untuk saudara Anwar, Perdana Menteri Malaysia. Ini doa dia. (Kalau ada) tidak setuju tak apa tapi ini ulama besar.

“Dia (Yusof al-Qaradawi) kata, cari kedamaian, tegakkan keadilan, satukan ummah, bawa perubahan seperti kami usahakan di Tanah Arab.

“Ini doa dia supaya berlaku perubahan dan kita menang pilihan raya akan datang,” katanya disambut laungan takbir oleh sebilangan hadirin di tapak pasar Teluk Ketapang dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat malam tadi.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, keyakinan Yusof al-Qaradawi itu kerana sedar kepincangan di negara ini sehingga rakyat hidup terseksa di bawah pentadbiran Umno BN.


p/s: Perasan jugak ye mat bontot tu.. Elok sangat la tu jual nama ulamak untuk menipu...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More