Saturday, November 10, 2012

PM Bersama Warga Pondok, Pas Jadi Gila Talak


Institusi sekolah pondok mesti dipertahankan kerana mampu diguna dan dirujuk untuk menangani serangan ilmiah pasca moden yang sedang digunakan para orientalis Barat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak .
Beliau berkata, bagi menghadapi isu kebebasan mutlak, rasionalisme tanpa had, sekularisme dan liberalisme, hujah daripada teks sekolah pondok adalah lebih mantap.
"Hakikatnya institusi pondok ini telah banyak melahirkan ulama besar, ilmuan agama, pegawai-pegawai agama, hinggalah ke perdana menteri seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Maka institusi ini wajar dikekalkan bahkan diperkukuhkan bagi membela agama Islam dan umat Melayu," kata Najib selepas merasmikan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia yang diadakan di Masjid Taman Bukit Indah, di Ampang, hari ini.
Perdana menteri berkata, fahaman liberalisme dan pluralisme ini sedang menular dan mengancam keharmonian dan kestabilan kehidupan beragama dan masyarakat.
"Mereka ternyata silap dalam konsep kemajmukan, sebab itu mereka melihat semua agama adalah mempunyai nilai yang sama.
"Mereka sedang menyebarkan gejala subversif, negatif dan fahaman dekonstruktif yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah," katanya lagi,
Najib juga menambah, sungguh malang apabila ada sokongan dari pihak yang berkepentingan yang bersekongkol dengan golongan yang berfahaman pluralisme.
"Mutakhir ini juga, banyak tuduhan dan kenyataan tidak bertanggungjawab mengenai agama Islam dan amalannya dalam negara ini.
"Majoritinya tidak bersandarkan ilmu dan dibuat bagi memenuhi agenda atau kepentingan tertentu."
Najib juga berkata, pengikut orang yang membuat tuduhan itu pun kurang pengetahuan lalu hanya mengikut sahaja.
"Mereka hanya jadi pengikut, dan tidak mengkaji berlandaskan ilmu," katanya lagi.
Perdana menteri juga mengumumkan skim insentif bagi pelajar pondok untuk meneruskan pembelajaran di universiti-universiti seperti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dan banyak lagi bagi memastikan pelajar pengajian pondok mempunyai masa depan yang lebih baik.
Katanya lagi, Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia ini juga akan mengadakan Anugerah Tokoh Pondok dan Anugerah Pondok Contoh sebagai acara tahunan setiap tahun bagi calon-calon yang layak sebagai menghargai jasa dan sumbangan institusi pondok dan para ulama pondok.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More