Tuesday, November 13, 2012

Sinopsis Adam dan Hawa episod 46


Korang dah baca sinopsis Adam dan Hawa episod 46 yang terbaru atau masih sedang mencari? Kalau belum, korang boleh baca sinopsis Adam dan Hawa episod 46 yang lengkap kat sini. Berikut ialah sinopsis Adam dan Hawa episod 46 yang bakal ditayangkan pada jam 10.00 malam ini (13 November 2012). Untuk sinopsis Adam dan Hawa episod 45 yang lepas, korang boleh baca kat LINK ini.

Sinopsis Adam dan Hawa episod 46
Selepas mengetahui rahsia hubungan Johan dan Azie, Ain menangis tidak henti dan mencari Am untuk melepaskan kesedihannya. Ketika mereka berdua-dua, Am bersikap jujur dan cuba menasihatkan Ain supaya tidak lagi mengalirkan air mata untuk Johan kerana suaminya yang sebenar berada sangat dekat di sisinya. Am turut mengingatkan Ain supaya tidak menghalang hubungan Johan dan Azie. Ain yang mendengar nasihat dan teguran Am seolah-olah baru menyedari kesilapan sendiri yang menyebabkan masalah dialaminya semakin bertambah rumit. Sikap bencinya kepada Am pula perlahan-lahan bertukar jadi perasaan sayang.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More