Monday, November 12, 2012

Suku Kaum Makan OrangYang Masih Wujud ?

Suku kaum Korowai ialah merupakan suku kaum orang asli yang tinggal di kawasan pedalaman Papua Indonesia yang terletak kira-kira 150 kilometer dari Laut Arafura.Suku kaum ini bergantung sepenuhnya dengan hasil hutan dan mereka ini hidup dalam kelompok kecil.Suku kaum Korowai ini terpisah dengan dunia luar sehinggalah di temui oleh mubaligh Belanda pada tahun 1974.

Suku kaum Korowai ini tinggal di atas rumah pokok yang mempunyai ketinggian 6 hingga 12 meter di atas tanah.Membina rumah di atas pokok menurut mereka dapat melindungi keluarga mereka dari semangat jahat.Batang pokok Banyan yang kukuk di pilih sebagai "tiang seri" bagi rumah yang di bina.Sejak awal 1990an, sebahagian suku kaum Korowai ini terlibat dalam sektor perlancongan apabila lembah Korowai ini menjadi tempat tumpuan pelancong ekoran daripada keindahan semulajadinya.

Sekitar awal tahun 1991,lembah Korowai ini mula di teroka secara rakusnya kerana lembah Korowai ini kaya dengan sumber kayu Gaharu.Ketika ini harga kayu Gaharu amat tinggi di pasaran dunia,1 Kg yang di kumpul oleh suku kaum ini akan di jual dengan harga $4,00 (RM 12,300) sekilogram dan kemudiannya kayu Gaharu ini akan di jual kepada pedagang Timur Tengah dan pasaran Eropah kira-kira $1000 (RM 3000) sekilogram. 


Kesan daripada perdagangan Gaharu ini berlakunya pertembungan budaya dan adat resam sehingga menyebabkan wabak AIDS melanda kawasan ini.Akhirnya industri kayu Gaharu berakhir pada tahun 1999. Seperti yang pandangan umum tentang Papua New Guinea,suku kaum Korowai ini juga mengamalkan budaya kanibalisme dalam kehidupan mereka.Dan atas sebab ini pada tahun 1993, krew penerbitan dari BBC UK telah mendokumenkan tradisi dan budaya kanibalisme suku kaum ini.

suku kaum kanibal korowai di papua new guineasuku kaum kanibal korowai di papua new guineasuku kaum kanibal korowai di papua new guineasuku kaum kanibal korowai di papua new guineasuku kaum kanibal korowai di papua new guinea

Bucublog

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More