Sunday, November 11, 2012

Tahap Fitnah Pembangkang Memualkan..Fitnah "Najwa Latif"


Mereka menulis, mereka mencipta fitnah, mereka kehabisan modal dan akhirnya jadi "najwa latif", lagu najwa, kosong..kosong..kosong, itulah bahawa anak muda sekarang bila sesuatu perkara tu habuk pun tarak.

Dengan berkobar-kobar, penulis blog atau pemain media baru cuba tunjukkan bahawa merekalah yang terbaik di antara mereka dengan harapan mendapat pujian dari bos mereka yang kononnya mengetuai unit media alternatif ini dan berakhir dengan sedikit upahan atas inisiatif merekayasa fitnah yang akhirnya diketawakan oleh warga netters.

Lihatlah, hanya dengan sekeping surat di atas, penulis maya pakatan haram menuduh bahawa UMNO BN menggunakan bentuk arahan terhadap Tentera dan Orang awam supaya datang ke Majlis Mesra Rakyat anjuran UMNO.

Apakah penulis pakatan haram tak mampu membaca atau menterjemah dengan teliti apa isi kandungan dan tajuk yang tertera di surat jemputan itu ? Apakah penulis murahan pakatan haram cuba lakukan pusingan U supaya rakyat Malaysia keliru ? Tak pernah dengarkan penulis murahan ini beza antara Jemputan dan Kerahan atau Paksaan ? Perlukan MI buat kelas khas untuk penulis murahan yang baru semalam beli Laptop ?

Lagi satu, penulis murahan pakatan haram ini lupakah bahawa berkempen untuk pilihanraya adalah mengikut kreatif parti politik masing-masing. Ada guna lori ada guna Bas Termewah di Malaysia. Ada yang menipu rakyat dengan jual cerita ada yang membawa cerita bagaimana nak bangunkan ekonomi negara. Bezakan ?

Ada yang guna SOLAT HAJAT untuk "jerat" supaya orang ramai datang, ada yang guna SOLAT HAJAT mengajak manusia supaya mohon bantuan Allah swt untuk sempurnakan hajat atau selamatkan negara dari musibah bukan untuk raih undi. Yang paling teruk guna Solat Hajat untuk doakan musibah pada orang lain.

Ada kempen di luar Masjid, ada yang berkempen dalam Masjid dan yang paling tragik, kempen dalam Gereja dan mula jual ayat Quran dalam Gereja malah tunggang terbalik menafsir Quran demi nak jaga hati pengundi Gereja. Bila salah dan kena hentam, semua ulama politik terpaksa reka ayat lain pula untuk bantu betulkan yang terang-terang salah. Nak tarik balik dan minta maaf mereka malu.

Jadi MI harap penulis upahan murahan pakatan haram ini jangan terlalu syok sendiri, kononnya dah dapat "sumber" sekeping surat terus tulis dalam blog mual. Kaji dulu sebelum nak buat sesuatu.

Hinggakan jaja cerita di FACEBOOK demi nak kejar nama, kejar glamor..akhirnya KOSONG..KOSONG..KOSONG...



Jemputan siap nombor siri ni apa pula maksudnya ? Ada cabutan bertuah ? Ada kenakan apa-apa bayaran yang selalu dicanang sebagai 'fund raising" ? Nak dengar ceramah fitnah pun kena bayar ke ?




0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More