Sunday, November 11, 2012

Terbukti Ulama Pas Takutkan Nurul Izzah



Polemik terbaru landskap politik parti yang kononnya bertunjangkan Islam rebah menyembah bumi. GAGAL malah lebih tepat lagi Pas hanya parti yang bertopengkan agama dan cocok dipanggil bapa ayam kerana lacurkan Islam seawal parti itu mendaftar sebagai parti politik.
Isu yang amat malang bagi pakatan haram nampak sudah tidak mampu ditangani oleh barisan kepimpinan pakatan haram. Tiada yang sanggup "menasihat"kan anak Ketua Pembangkang bilamana beliau dengan selamba dan dalam keadaan waras melontarkan kenyataan "Melayu Bebas Pilih Agama" ketika saat mentafsirkan ayat Quran. Walhal semua tahu tafsiran Nurul Izzah jauh tersasar dari tafsiran sebenar.
Strategi "Masuk Gereja" untuk beli undi nampaknya memakan diri. Bermula dengan ghairahnya strategi ini adalah ketika Pilihanraya Kecil Sarawak dan Pilihanraya Negeri Sarawak pada tahun lalu. Bersandarkan kononnya mereka mampu membeli jiwa penganut kristian ketika isu penggunaan Kalimah Allah, ketika itu, Kalid Samad cuba menjadi jaguh Pas bila mengikut bontot Teressa Kok ke hulu ke hilir masuk gereja dan bercerita bagaimana Pas boleh bekerjasama dengan Dap.
Akhirnya bila Nurul Izzah terasa tertinggal dalam isu memenangi hati penganut Kristian, beliau terasa tercabar, sebagai anak kepada Ketua Pembangkang malah cuba menonjolkan diri kononnya mampu setanding dengan ahli politik yang lain yang sudah lama berjuang dalam arena politik Malaysia disaat semua rakyat dan pengundi beliau tahu beliau hanya menumpang nama gah bapanya sahaja dan GAGAL menjadi wakil rakyat yang diharapkan.
Bukan kali pertama Nurul Izzah cetuskan suasana tegang ketika cuba tonjolkan nama agar tidak tenggelam. Kalau dulu kecoh di kawasan parlimen beliau sendiri, Lembah Pantai kerana isu pengosongan Flat d Lembah Pantai dan beliau dilihat cuba menggunakan pengaruh atau populariti orang lain untuk naikkan nama beliau hinggakan mahasiswa yang menghina potret PM diheret membantu beliau di kawasan parlimennya dan akhirnya mahasiswa tersebut kena belasah percuma dengan masyarakat setempat. Beliau lepas tangan seperti perangai bapanya juga.
Dalam isu "promosi" kepercayaan lain juga nampaknya ini bukan kali pertama Nurul Izzah seolah-olah sengaja menjadi juara memenangi hati pengundi.
“Dear all: Bangkung Christmas Bazaar 10th Dec, 5-9pm happenin @ Bangkung Row. Over 20 stalls, wine masterclass at 6pm, carollers n more”, tulis Nurul Izzah Anwar dalam twitternya 2 jam lalu.

Twitter Nurul Izzah turut diretweet oleh rakannya, @chrisraj23 milik Christopher Raj, CEO of Shekhinah PR, Asia’s leading Sports PR & Branding Agency.

Apakah rakyat Malaysia masih buta hati dengan apa yang Ahli Parlimen yang dicalonkan oleh bapanya sendiri tanpa ada apa pun pengalaman politik sebelum ini ?

Ulama Pas yang memanaskan kerusi Dewan Ulama, kononnya semua ulama pun dilihat sudah kehilangan telor bila menyerahkan kepada Nurul Izzah sendiri untuk membuat kenyataan atau meminta maaf kepada umat Islam Malaysia kiranya dirasakan perlu.

Inikah saja tahap pemikiran golongan pemanas kerusi yang berlabelkan "Ulama" ?

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More