Wednesday, November 7, 2012

Video ucapan Obama selepas menang pilihanraya semalam


Laporan CNN menyebut Obama memenangi pemilihan kali ini, yang menyaksikan AS jelas berpecah dua, dengan gelombang sokongan kumpulan minoriti, wanita dan golongan moderat untuk kekal di White House buat penggal kedua.

Malah laporan CNN juga menyebut Obama mengatasi Romney dengan menyapu kejayaan di Ohio. Kejayaan di negeri itu memberikannya undi pemilih 271 berbanding 201 bagi Romney.

Sebaik sahaja Obama memperoleh sejumlah undi pemilih itu, penyokong presiden 'tenggelam' dalam arus kegembiraan di ibu pejabat parti Demokrat di Chicago, negeri kelahiran pemimpin itu.

Obama juga menang di Pennsylvania, Wisconsin dan Iowa - yang memberi tekanan ke atas Romney.

Dalam pada itu, dari segi undi popular, Obama juga kemudian mengatasi Romney yang awal berada di depan. Beliau menguasai 48.9 peratus berbanding Obama 49.6 peratus.

Setakat jam 3 petang, keputusan satu lagi negeri iaitu Florida yang menyediakan 29 undi pemilih belum diketahui.



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More