Monday, November 19, 2012

Wajah Pasangan Khalwat Berprofail Tinggi Sengaja Di Dedah ?


Nafsu manusia tiada batasan, nafsu juga tiada sempadan dan hanya iman sahaja yang mampu kawal nafsu yang liar di luar kawalan.

Nafsu berahi tidak mengira siapa, darjat atau pangkat bukan ukuran, waima seorang ulama yang punyai jutaan murid juga di uji dan teruji kerana semua manusia punyai nafsu. Nafsu kuasa, nafsu harta dan nafsu seks, ianya seiring.

Kini negara di gegarkan dengan kisah tangkapan khalwat berprofail tinggi yang melibatkan Ketua Pengarah Kesihatan baru-baru ini. Tanpa banyak kerenah dan dalih serta tanpa fikir untuk berbohong, KP ini terus mengaku salah berkhalwat dengan seorang jururawat yang khabarnya masih isteri orang.

KP tersebut khabarnya seorang duda, apakah cinta buta hinggakan tergamak menerobos masuk rumah tangga orang lain ? Kenapa otak letak di lutut ketika itu dan apakah jururawat itu juga punyai naluri buta hati atau kejar kemewahan hanya kerana dia KP maka diserahkan segalanya ?

MI kurang faham bila berita di atas keluar di dada akhbar ternama. Ingin diberi peluang ke dua ? Apakah kita tidak punya pengganti yang layak ? Apakah negara kita makin kritikal kerana tidak mampu sediakan pelapis ? Apa yang hebat sangat KP ini hinggakan akhbar utama tempatan keluarkan 'cadangan' supaya KP ini diberi nafas sekali lagi ?

Siapa pemimpin yang pernah sentuh isteri orang diberikan peluang kedua zaman Nabi saw ? Adakah juga di zaman 4 khalifah agung dan khalifah selepas itu ?

Jawapannya mudah, setiap yang bersalah di zaman itu, mereka bakal di hukum, samada dirotan atau direjam sampai mati atas kesalahan zina.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More