Wednesday, November 21, 2012

Wanita Di Rogol Mat Nigeria Sebelum Jadi Kaldai Dadah


gambar hiasan

SAMUT PRAKAN: Seorang rakyat Nigeria dituduh memperkosa seorang wanita tempatan, mengurungnya selama seminggu dan memaksa mangsa berlatih menelan dadah agar dia dapat digunakan untuk menyeludup kokain ke Amerika Syarikat.

Polis semalam menyelamatkan mangsa berusia 29 tahun itu yang dikunci dalam sebuah bilik sewaan di kompleks apartmen di daerah Muang. Menurut polis, mangsa diperdaya pergi ke bilik itu oleh lelaki Nigeria berkenaan yang dipanggil Maxie.

Wanita itu berkata, dia bertemu suspek di laman web mencari pasangan dan bersembang dengannya untuk beberapa lama sebelum suspek memintanya bertemu untuk membincangkan peluang perniagaan. Suspek mendakwa bekerja dalam industri pelancongan. “Saya pergi ke sana kerana dia memberitahu akan membantu saya pergi ke AS untuk bertemu dengan bapa saya yang tinggal di sana,” kata mangsa kepada polis.
Mangsa bertemu suspek di bilik terbabit pada 12 November lalu, di mana dia diperkosa, dibelasah dan dikunci. Wanita itu berkata, suspek merampas kad pengenalan dan telefon bimbitnya. Menurut mangsa, suspek memaksanya menelan kondom berisi serbuk setiap hari sepanjang dia dikurung.

Suspek memberitahunya dia perlu berlatih kerana dia akan digunakan untuk menyeludup kokain ke AS. Mangsa berjaya diselamatkan ketika suspek tertinggal telefon bimbitnya. Mangsa menghubungi rakannya yang bekerja di stesen radio yang kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More