Monday, November 12, 2012

Zalif sidek akui bercinta dengan Fida Ibrahim


Baru-baru ini heboh di sebuah laman portal hiburan yang menggosipkan pelakon montel, Zalif Sidek dengan Rafidah atau Fida Ibrahim kononnya mereka sedang hangat bercinta. Tetapi gosip itu sekadar tergantung sebagai gosip sahaja.

Sebabnya, baik Zalif mahupun Fida belum membuka mulut bagi mengesahkan tentang hubungan intim itu. Bagaimanapun gosip tersebut kemudiannya menjadi bertambah sensasi apabila si empunya badan mengesahkan sendiri gosip tersebut.


Jelas Zalif, dia mengakui menyukai sikap dan keperibadian Fida walaupun baru berkenalan secara rapat tidak sampai setahun lamanya.
"Saya suka dengan cara dia (Fida) membawa diri. Ciri-ciri wanita yang sopan dan berbudi bahasa yang ada pada dirinya menyebabkan saya tertarik. Saya juga tidak sangka dia menerima orang seperti saya," komennya ringkas.
Zalif mengesahkan hubungan cinta yang baru dijalin dengan pelakon drama baru itu sewaktu pratonton filem Ajiboy lakonannya di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


Menurut Zalif yang sebelum ini pernah bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam di KRU Studios, hubungan intimnya dengan Fida itu sudah mula diketahui oleh para peminat dan juga anggota keluarganya.
"Jangankan peminat dan wartawan malah emak saya pun tahu hubungan rapat saya dengan Fida. Emak saya merestui hubungan kami. Dia (emak) juga ada komen termasuklah dalam laman Facebooknya baru-baru ini.

"Saya harap hubungan kami ini akan berjalan dengan baik walaupun sebelum ini macam-macam orang kata tentang Fida selepas dia putus cinta dengan Mamat (Sepah). Itu cerita lama dan berilah dia (Fida) memulakan diari baru dalam hidupnya," ujarnya lagi.
- Utusan Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More