Friday, December 14, 2012

Defensif Yang Tak Menjadi



Nasi sudah menjadi bubur..makanlah saja bubur yang ada. Segalanya dah berkahir buat Harimau Malaya setelah tewas 2-0 kepada Thailand pada pusingan separuh akhir ke-2.

Adat pertandingan, ada kalah menang. Faktor padang bukanlah alasan untuk tewas. Bak kata pepatah, tak pandai menari jangan kata lantai tinggi rendah. Jika padang dijadikan alasan, mengapa tuan rumah mampu menjaringkan gol. Jika padang juga sebagai alasan, keputusan sepatutnya berakhir dengan seri 0-0.

Penulis bukanlah seorang yang pakar dalam mengulas bab sukan. tapi penulis percaya setiap orang mempunyai pandangan sendiri demi memastikan pasukan negara terus unggul. Pandangan yang baik dan membina harus dipandang dari sudut yang positif. Tak perlu ego hanya disebabkan kita seorang jurulatih yang hebat. Pandangan orang ramai kadangkala ada yang boleh dipraktikan.

Dari pengamatan penulis, kita lebih banyak bermain secara defensif daripada menyerang. Mat Yo dibiarkan terkapai-kapai seorang mencari ruang mendapatkan gol. Dengan dikawal ketat 4-5 pemain thailand, mana mungkin mat yo dapat mencuri ruang. Rata-rata penyokong yang menonton di kedai mamak meminta agar dimasukkan seorang lagi penyerang.

keghairahan untuk menjaringkan gol menyebabkan pemain pertahankan naik ke atas cuba membantu Mat Yo. Namun counter attack yang diilakukan oleh Thailand, pertahanan kita hanya lakukan sebberapa yang boleh sahaja.

Akhirnya 10 minit terakhir barulah kelibat Safee Sali dimasukkan. dan ternyata gandingan dua penyerang mampu menggugat pertahanan lawan hingga nyaris menjaringkan gol. tapi sayang semuanya dah terlambat.  

Sepatutnya kita menggunakan motivasi kemenangan ke atas Indonesia dan keputusan seri dengan Thailand untuk terus mengasak. Apabila penyerang selalu mengasak ke kubu lawan, secara tak langsung semua pemain mempunyai semangat yang tinggi untuk menjaringkan gol. Bukan bermain secara terlalu defensif yang boleh menyebabkan pemain tak bersemangat menjaringkan gol.

Kecewa...sapa tak kecewa. dan tambah kecewa lagi apabila kita mencaturkan corak defensif daripada menyerang. Seolah-olah kita ni lekeh sangat. Apa kurangnya penyerang kita dan apa hebatnya penyerang mereka. Ia juga sebagai menggambarkan kita tidak berkeyakinan untuk menjaringkan gol.

Sebagai jurulatih juga kena ingat..jangan asyik nak gunakan alasan menimba pengalamanlah...padanglah...pengadillah..bak kata orang, benih yang baik walau jatuh dibumi mana sekalipun tetapkan subur. 

Apa-apa pun...maju sukan untuk negara!! 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More