Friday, December 14, 2012

SITI NURHALIZA BATALKAN KONSERT KERANA DATUK K KEMALANGAN!


SITI NURHALIZA BATALKAN KONSERT KERANA DATUK K KEMALANGAN | Penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin terpaksa membatalkan konsert terakhirnya, Konsert Ekspresi Karya Gemilang di Banjarmasin, Indonesia. Beliau perlu berlepas ke New Zealand untuk melihat keadaan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang cedera apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di sana.

Dato’ Siti Nurhaliza juga telah memohon maaf daripada peminatnya dengan menulis pesanan di Twitter tentang pembatalan konsert pada malam esok di Banjarmasin. 

Diharap semua peminat yang menunggu persembahan Siti kat sana pada malam ini tidak panik dan tertanya-tanya. 

Pasti ramai yang bersimpati dan memahami perasaan dan keadaan Siti Nurhaliza ketika ini. Kita doakan agar suami Siti Nurhaliza cepat sembuh ya.

“Salam, maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua team konsert, CT tak dapat ke sana kerna ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahami ya.”

Pengurus Siti Nurhaliza, Rozi Sangdewi juga turut menyiarkan status berkenaan dengan hal ini di Facebooknya:

“Kita merancang Allah menentukan. Setiap sesuatu yg terjadi itu ada hikmahnya. Moga segalanya baik-baik sahaja. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Doa kami semua mengiringi, insyaAllah, tabah hati, dan senantiasa dlm lindungan Allah s.w.t. Kekal cekal. -Sangdewi buat boss. KL-Jakarta-Pekan Baru-Jakarta- KL. (Tidak ke Banjarmasin wpun kami sudah berada di dlm kapal terbang tadi..).”

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More