Wednesday, March 31, 2010

Petua Kurangkan Sakit Gigi?

Adakah anda mengenali Pokok Subang Nenek? Ataupun nama lainnya Pokok Butang Baju Siti Fatimah? Manakala nama saintifiknya pula ialah Sthenodesme Temtanara?Untuk pengetahuan anda, ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang senang tumbuh di kawasan yang lembap. Contohnya seperti di tepi-tepi longkang yang berair.Pokok Subang Nenek(Butang Baju Siti Fatimah) - aalim @ flickrSungguhpun begitu, ia mampu mengurangkan sakit gigi ataupun gusi bengkak. Sementara...

Friday, March 26, 2010

Bila Terkena Gigitan Ular Berbisa...

Anda tentu berasa panik apabila terserempak dengan ular, kan? Tetapi menurut apa yang saya dengar, sekiranya berhadapan dengan ular, kita sepatutnya mendiamkan diri. Sebab kalau kita bergerak, ular tersebut akan terkejut. Bila dah terkejut, ular tersebut pun bertindakbalas dan menyerang objek yang berada di depannya.Tapi bila dah panik nie, macam-macam hal boleh terjadi. Takkan nak berdiam diri aje, kan? Lagilah cuak dibuatnya.Sehubungan itu, jika...

Wednesday, March 24, 2010

4 Khasiat Air Rebusan "Kucing Galak"

Kucing Galak (Acalypha Indica) merupakan satu lagi tanaman herba yang berkhasiat. Malah akarnya dikatakan boleh dihidu oleh kucing walaupun dari jauh. Ini kerana ia ibarat ubat kuat kepada kucing. Mungkin senario tersebut secara tak langsung menyebabkan tumbuhan herba ini dinamakan sebegitu.Pokok Kucing Galak (Acalypha Indica)Tapi apa pula khasiatnya kepada manusia?Menurut Dr. Mohd Said Saad(Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains...

Saturday, March 20, 2010

2 Tip Mengembalikan Kilauan Barang Kemas

Barang kemas dan wanita memang sukar dipisahkan. Malah barang kemas bukan sekadar perhiasan semata-mata. Ini kerana ada yang membelinya kerana ia boleh digunakan sewaktu tersesak. Tidak kurang juga yang berlumba-lumba mengumpulnya bagi tujuan pelaburan jangka panjang.Tapi untuk tujuan pelaburan, biasanya hanya emas 916 dan emas 999 yang laku dan anda boleh membuat keuntungan daripadanya. Begitulah serba sikit ilmu yang saya dapat menerusi ebook Emas-Emas...

Cara Melegakan Sakit Mata

Beberapa hari lepas, saya telah kongsikan petua mengubati sakit mata dengan anda. Jika ada yang terlepas, boleh rujuk semula di SINI ya.Cuma kali ini saya ingin menambah satu lagi cara bagi melegakan sakit mata. Iaitu dengan menggunakan akar pokok bunga raya putih pula. Bunga Raya Putih - iluvislam.comIa adalah sebagai alternatif sekiranya anda sukar mendapatkan daun bunga melati ataupun daun sirih (merujuk kepada tulisan lepas - 3 Petua Mengubati...

Thursday, March 18, 2010

Petua Suami Isteri: Bagaimana Cara Meningkatkan Kesuburan?

Masalah kesuburan sering ditimbulkan bila mana sepasang suami isteri yang telah agak lama berkahwin, namun masih belum dikurniakan cahayamata. Situasi ini bertambah sukar sekiranya si suami dan isteri enggan duduk berbincang bagi menangani situasi ini. Sebaliknya, hanya meletakkan kekurangan pada bahu pasangan mereka.Alangkah indahnya jika anda dapat membuang yang keruh dan ambil yang jernih, kan? Usahlah menyalahkan sesiapa lagi. Ayuh berikhtiar...

Tuesday, March 16, 2010

5 Kegunaan Tanaman Tutup Bumi

Tanaman Tutup Bumi yang juga dikenali sebagai Elephantopus Scaber selalunya tumbuh di tepi jalan, tempat letak kereta, tanah terbuka dan di kawasan padang rumput. Malah ia juga boleh dijadikan sebagai tanaman hiasan di rumah anda.Walau tanaman tutup bumi ni senang ditemui, tapi adakah anda tahu tentang kegunaannya dari sudut penjagaan kesihatan diri?Tutup Bumi (Elephantopus Scaber) 1 - Prof KMS@FlickrPercaya atau tidak, para pengamal perubatan tradisional...

Sunday, March 14, 2010

3 Khasiat Akar serta Daun Pokok Kelulut

Pokok Kelulut (Urena Lobata) selalunya tumbuh di kawasan tanah terbiar. Manakala buahnya amat mudah melekat pada fabrik. Sebab itulah suatu ketika dulu, buah pokok kelulut ni boleh dikatakan antara bahan permainan yang popular. Terutamanya bagi golongan kanak-kanak. :)Pokok Kelulut (Urena Lobata)Namun di sebalik kepopularan buahnya itu, akar dan daun kelulut tak ketinggalan turut memiliki khasiatnya yang tersendiri. Iaitu mengurangkan sakit gigi,...

Thursday, March 11, 2010

Cara Mengubati Gusi Berdarah

Melalui info yang diperolehi, penyakit gusi boleh terjadi seawal peringkat kanak-kanak lagi. Selari dengan peningkatan usia anda, ia boleh jadi semakin teruk. Penyebab utamanya adalah bakteria dalam plak yang menghasilkan toksin.Proses tersebut akhirnya mengakibatkan gusi anda bengkak, merah dan mudah berdarah. Hal ini juga dikatakan ada kaitannya dengan;a. Mulut kering.b. Kurang menjaga kebersihan mulut.c. Diabetes.d. Tabiat merokok.e. Perubahan...

Wednesday, March 10, 2010

5 Petua Untuk Anda Dapat Anak?

Kebelakangan ini, kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi semula. Tiba-tiba saja fenomena ini kembali meledak dan mewarnai dada akhbar. Dalam masa yang sama, masih ramai lagi pasangan yang inginkan zuriat tapi masih belum dikurniakan anak. Mungkin belum rezeki mereka agaknya.Bayi comelAtas sebab itulah, saya ingin berkongsi 5 petua yang boleh dibuat bagi merealisasikan impian anda untuk dapat anak. Iaitu;1. Berdoalah kepada Tuhan agar anda dikurniakan...

Tuesday, March 9, 2010

3 Petua Mengubati Sakit Mata

Memiliki sepasang mata yang sempurna merupakan satu anugerah tak terhingga kurniaan Tuhan kepada kita. Melaluinya juga kita berpeluang menyaksikan pelbagai panorama indah di muka bumi ini. Justeru, kita mestilah bersyukur dan sentiasa memelihara kesihatan mata agar ia sentiasa dapat berfungsi dengan baik.Sepasang mata yang cantik - photos-of-the-year.com Maka sehubungan itu, andainya anda mengalami sakit mata, terdapat 3 petua yang boleh dicuba....

Thursday, March 4, 2010

Petua Awet Muda dengan Ulam Raja

Ulam raja atau Cosmos Caudatus agak sinonim dengan masyarakat Melayu sejak dulu lagi. Biasanya ia dijadikan baik sebagai pembuka mahupun penambah selera. Namun, fungsinya tak terbatas setakat itu saja.Khasiat lain ulam raja adalah menambahkan kandungan oksigen dalam darah. Penambahan oksigen ni akan melancarkan peredaran darah secara tak langsung.Seterusnya, apabila kandungan oksigen telah mencapai keseimbangan, badan anda tentu akan terasa segar-bugar....

Petua Lelaki: 7 Penyebab Zakar Menjadi Tegang

Keadaan zakar yang tegang, pejal dan bertenaga merupakan isyarat utama bagi sang suami sebelum memulakan hubungan dengan si isteri. Sebenarnya, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan zakar menjadi tegang.Antaranya adalah;1. Zakar menjadi tegang disebabkan oleh anda memakan ubat kuat. Ubat kuat biasanya akan membangkitkan gelora nafsu anda.Namun, anda haruslah berhati-hati dalam memilihnya. Jika tidak, anda mungkin berisiko merana seumur hidup....

Tuesday, March 2, 2010

2 Kaedah Elak Rambut Gugur

Masalah keguguran rambut selalunya menghantui kebanyakan individu yang agak berusia. Namun, memang tak dinafikan ada juga golongan muda yang mengalami masalah serupa. Jadi, apakata anda yang sedang berhadapan masalah ini mencuba petua elak rambut gugur berikut.Bahan utama yang anda perlukan ialah daun jeruju putih. Kaedah melaksanakannya pula ada dua. Pertama, dengan cara merebus dan keduanya dengan cara menumbuk halus.Jeruju Putih (Acanthus Ilicifolius)...

Page 1 of 220912345Next
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More