Showing posts with label Suara Serak. Show all posts
Showing posts with label Suara Serak. Show all posts

Thursday, July 8, 2010

4 Petua Pulihkan Suara Serak (Siri 2)

Demam Piala Dunia dah pun hampir ke kemuncaknya. Perlawanan akhir nanti menemukan 2 pasukan Eropah iaitu Belanda dan Sepanyol. Sejarah baru bakal dicipta. Ya, juara baru Piala Dunia bakal tercatat dalam sejarah. Sebab kedua-dua pasukan belum pernah menjulang piala tersebut.

Menjelang pertemuan bersejarah itu juga, saya pasti para penyokong Sepanyol dan Belanda akan bersorak sakan walau di mana berada. Tak kira tempat. Baik di kedai mamak, dataran, hotel, asrama mahupun di rumah. Pasti gamat dibuatnya.


Sebagai persiapan awal, ada baiknya saya sudahkan dulu petua pulihkan suara serak. Hari tu, saya baru berikan dua daripadanya. Anda boleh rujuk kembali pada entri bertajuk 4 Petua Pulihkan Suara Serak andainya terlepas pandang.


Manalah tau kan, jikalau suara serak ataupun hilang, bolehlah cuba bila perlu nanti. :)



Petua Suara Serak 3


1. Ambil sepotong halia.


Gambar Halia - shine.yahoo.com



2. Kupas halia tadi dan basuh agar ia bersih.

3. Kemudian, anda hiriskannya atau potong kecil dan masukkan dalam segelas air suam.

4. Tambahkan juga sedikit air perahan limau nipis dan gula ke dalamnya.


Amalkan meminum minuman ini setiap hari hingga suara anda pulih seperti biasa.



Petua Suara Serak 4


1. Sediakan segelas air sejuk.

2. Masukkan sedikit asam jawa ke dalamnya. Pssstt... pastikan tangan anda bersih. =)

3. Ramas-ramaskan asam jawa tersebut.

4. Kemudian, tapis dan masukkan air asam jawa tadi ke dalam gelas lain.

5. Dalam gelas yang baru ni, masukkan beberapa ketul gula batu.

6. Kacaukan gula batu tersebut sampai sebati ya.

7. Seterusnya, anda masukkan pula sedikit nasi sejuk yang masih elok dalam gelas yang sama.

8. Kacaukan juga nasi sejuk tadi hingga sebati.

9. Sekarang, embunkan air tersebut di luar rumah anda semalaman.

Ataupun sebagai alternatifnya, anda boleh sejukkan dalam peti sejuk semalaman.


10. Pada keesokan paginya, anda tapis sekali lagi air tersebut dan barulah diminum.


Amalkannya juga sehingga suara anda kembali seperti sediakala.



Mudah-mudahan petua ini membantu anda ya!

Wednesday, June 23, 2010

4 Petua Pulihkan Suara Serak

Tika ini, boleh kata satu dunia dilanda demam Piala Dunia. Masa perlawanan nanti, saya gerenti ramai yang bersorak sakan. Sebab teruja dengan aksi pasukan yang disokong. Lebih-lebih lagi kalau pasukan tu bermain cemerlang. Kekadang sampai tak sedar yang suara dah hilang. Ataupun serak.

Sehubungan itu, mungkin petua hilangkan suara serak ni boleh membantu memulihkan suara anda semula. Secara keseluruhannya, ada 4 petua yang boleh dicuba. Cuma hari ini, saya kongsikan separuh daripadanya dulu, ya. :)


Petua Suara Serak 1


1. Sediakan 2 biji bawang besar.


Bawang Besar

Bawang Besar



2. Basuh dan buang kulitnya dulu.

3. Kemudian, tumbuk atau kisar bawang besar tadi sampai hancur.

4. Lepas tu, tapiskan airnya ke dalam cawan atau gelas.

5. Anda minumlah ia dalam sukatan 3 sudu besar.


Dalam sehari, buat 2 kali minum. Amalkan selama 2 hari berturut-turut tau. :)



Petua Suara Serak 2


1. Ambil beberapa biji limau nipis.


Limau Nipis

Limau Nipis - commons.wikimedia.org



2. Basuh limau nipis tadi dan kisarkannya dengan mencampurkan sedikit air.

3. Bila dah hancur, panaskan bahan yang telah dikisar tadi.

4. Tujuan memanaskan bahan tadi adalah untuk anda sedut wap yang terhasil melalui mulut.

Sedutlah beberapa kali untuk memulihkan suara anda yang serak.


Selamat Mencuba!






p.s: Lagi 2 petua akan saya nyatakan kemudian. Jika suara anda serak, cuba dulu salah satu petua di atas buat sementara waktu ni. :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More