Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

7 Sebab Kenapa Tak Boleh Letak Gambar Sebenar Di Facebook

Gambar hiasan dr Google


Ada antara kengkawan di MUKABUKU atau nama feymesnya FACEBOOK tak menggunakan gambar beliau2 yang sebenar.Dorang akan letak gambar haiwan ternakan,pokok di kebun,kartun artis atau kereta yang bukan kereta diorang pun.Kenapa? Ada sebabnya...Sama-sama kita baca.
  1. Sebab...Bila korang letak je gambar sendiri.Dari 1,000 friends terus jadi 1 friend.Sape suh amik gambar mulut muncung2.
  2. Sebab...Kawan-kawan tanya korang "Dapat kat mana gambar hantu tu?Nampak real lah".Jadi korang pun bengang.
  3. Sebab..Ada jugak insan yang ragu-ragu dengan mengatakan,"Ko edit dah gambar tu kan?Takkan cantik camni kot~".Menyampah terasa~~
  4. Sebab...Nanti lebih sebulan dua jugak korang takkan di-add dek kerana profile picture yang terlanjur menawan tuh.
  5. Sebab...Setiap kali korang chat,sorang pun takkan balas.Kalau nak balas pun balas 'OK' atau 'KO' jer.
  6. Sebab...Nanti mesti ramai yang curi gambar korang.Bukan sebab cantik ke hensem ke.Diorang post kat wall diorang sambil tulis caption *muka sape la yang buruk sangat ni.sape setuju cer like*
  7. Sebab...Korang kelak akan menerima chat yang bertalu-talu dari kengkawan FB.Bukan sebab feymes,tapi diorang bagi kata dua.Nak kena block or tukar profile picture

Kesimpulannya...Takyah pakai la profile pic kita yang sebenar.Kecuali kalau betul-betul konfiden sangat takkan terjadi apa-apa antara 7 perkara nih. 

Isteri Semaun Penawar ubat Sakit kepala - Cerita Dewasa



Seorang bos masuk ke opis dalam keadaan sakit kepala. Seorang staf memerhati keadaan bos nye, lalu bertanya,

"Kenapa bos? Nampak macam sakit jer.?"

"Yer la Semaun, kepala aku ni sakit sangat!" kata bos.

"Dua hari lepas saya pun sakit kepala jugak bos, tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas itu kami melakukan seks. Habis saja kami bercumbu, sakit kepala terus hilang. 

Saya rasa bos pun patut buat macam tu jugak la?", terang Semaun.

"Betul ker? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri ngko sekarang!!!

Monday, December 24, 2012

NENEK TUA ASYIK GOYANG GERUDI!


VIDEO NENEK TUA BERDISKO DANSA DAN BERDANGDUT | Power gila nenek ni! Menari mengikut rentak irama mengalahkan wanita muda. Siapa sangka nenek yang lanjut usia begini mampu menari begitu lama dan kelihatannya beliau sangat menikmati tariannya.

Sebab beliau mampu menari sebegini lincah mungkin disebabkan meminum susu Anlene. HAHAHAHA!

#WHATEVER!

Jom saksiakan!

Saturday, December 22, 2012

GULING ATAS LUDAH UNTUK DAPAT KEBERKATAN!


GULING ATAS LUDAH UNTUK DAPAT BERKAT | Mempunyai kepercayaan tertentu sememangnya telah menjadi kelaziman dan cara yang tersendiri bagi pengganut setiap agama di dunia ini.

Namun, bagi pengganut agama Hindu, ritual yang dikenali sebagai Madey Shana ini mungkin menimbulkan perasaan tidak selesa bagi mereka yang melihatnya.

Sebuah ritual aneh di India telah membuatkan ribuan orang rela berguling-guling di atas sisa makanan yang dimakan oleh kaum kasta tinggi, Brahmana.

Ritual yang disebut Madey Snana ini merupakan acara tahunan di kuil berusia 4000 tahun, Kukke Subramanya, di pesisir Mangalore.

Selain itu, tradisi berguling-guling di atas sisa ludah para Brahmana juga dilakukan di kuil Sri Krishna di kota Udupi.

Sayangnya meskipun sudah dilarang, kaum Dalit (kasta terendah) tidak mahu meninggalkan tradisi tersebut begitu saja.

Mereka yakin bahawa ritual tersebut dapat memberi berkat.

Setiap tahun pada festival Champa Shasti atau Subramanya Shasti, 25,000 orang akan berguling di atas “ludah” para Brahmana.

Tak ada siapa yang berdaya untuk melarang ritual yang kelihatan tidak berperikemanusiaan tersebut.
Termasuk golongan pemerintah sekalipun.

“Saya tidak peduli kasta mana yang berguling di atas ludah para Brahmana. Ini adalah ritual yang menjijikkan dan tidak masuk akal,” kata Menteri Kesejahteraan Sosial India, A. Narayanaswamy.

Narayanaswamy juga menambah bahawa pemerintah mengecam ritual tidak berperikemanusiaan ini yang masih dilakukan kaum Dalit.

Namun apakan daya, segala usaha pemerintah untuk melarang ritual aneh tersebut tidak membuahkan hasil apa-apa.

Golongan tersebut tetap percaya kepada mitos berkat di sebalik ritual Snana.

PRANK TSUNAMI DAN KIAMAT YANG LAWAK!


VIDEO PRANK TSUNAMI DAN KIAMAT YANG LAWAK | Memang terbaik la mamat ni berlakon untuk kenakan rakyat jelata kat situ. Siapa tak takut tsunami? Siapa tak takut kiamat?

Jom tengok!

Full Video Youtube Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 6!


Full Video Youtube Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 6 | Seperti yang kita ketahui, Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 6 telah berlangsung sebentar tadi pada jam 10.00 malam 21 Disember 2012.

Di sini, kami akan kongsikan kepada anda full video youtube setiap kumpulan yang bertanding dalam Maharaja Lawak Mega.

Khas untuk peminat Fan Page Maharaja Lawak Mega.

Juga untuk mereka yang tiada ASTRO dan mereka masih tidak puas melihat aksi lawak peserta-peserta MLM 2012.

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 6 Kedudukan Undian


MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 6 JOZAN


MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 6 JAMBU



MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 6 BOBOI


MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 6 SHIRO

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 6  SABON


MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 6 BANDUNG JOKERS

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 6 R2


MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 6 SayWho


Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 6 Penyingkiran


COMPLETE!

ENJOY!

THANX GuaTv.com!

ACARA BOGEL BERBASIKAL!


MENUNGGANG BASIKAL TANPA SEURAT BENANG | Cuba korang lihat, apa yang cuba ditunjukkan oleh mereka ini? Adakah ingin membakar lemak dan mengeluarkan peluh pada tahap maksimum?

Pelik bukan? Bagaimana pula kalau terhentak(bagi lelaki)? Tak sakit ke?

#THIS IS RIDICULOUS

Seriously, acara ini benar-benar berlaku.

GAMBAR UNCENSORED ==> ACARA BOGEL BERBASIKAL UNCENSORED!

Friday, December 21, 2012

Wawa tak Pakai Sepender!

Gambar hiasan

wawa : mak, tadi abu dan kawan kawan buli wawa mak.

mak : kurang ajar tenuk tenuk neh. diorang buat apa dengan kau.

wawa : diorang suruh wawa panjat pokok kelapa tadi sebab diorang nk tengok sepender wawa.

mak : dah melampau neh. abis kau panjat la pokok kelapa tadi. seronoklah abu dengan tenuk tenuknya tengok sepender kau tu.

wawa : mak, dont worry mak. relax mak.

mak : relax tengkorak unyang kau. diorang dah tengok sepender kau, lagi mak nak relax ke.

wawa : mak jangan risau, hari neh wawa tak pakai sepender.

mak : APAAAAA !!!! (pengsan)

Gadis ini cantik tapi malu nak bergambar

Gadis ini cantik tapi malu nak bergambar depan kamera.


Pengakuan Di Goda Awek Cun



Pengakuan Di Goda Awek Cun | Aku merupakan seorang lelaki yang sangat bahagia. Awek aku cantik dan kami telah bercinta selama lebih dari setahun, jadi kami memutuskan untuk bertunang. Hanya ada satu hal kecil sering mengganggu aku, iaitu adik awek aku, Fara yang lebih muda dan lebih cantik.

Calon adik ipar aku itu sering mengenakan baju yang sangat ketat dan selalu tanpa bra. Jika di rumahnya Fara seolah-olah sengaja dan sering membungkuk ketika di depan aku menyebabkan aku sering 'terpaksa' melihat kemantapan dan keindahan flora dan fauna di sebalik bukit yang berkembar itu.

Suatu hari aku berkunjung ke rumah awek aku. Entah kenapa hari itu hanya Fara seorang diri berada di rumah lalu kami berdua lepak dan berborak berdua-duaan di dalam rumah. Hari itu Fara mengenakan baju kuning yang nipis dan sangat ketat. Berkali-kali aku cuba membawa mata aku ke pohon-pohon rambutan dan pokok gajus di luar rumah namun usahaku hanya sia-sia.

Sedang asyik berborak tiba-tiba Fara mendekati dan membisikkan kepada aku bahawa dia sedang mempunyai perasaan dan keinginan yang tidak mampu ditahan lagi. Perlahan dia mengucap ditelinga aku bahawa dia ingin bercinta dengan aku sekali sebelum aku menikahi kakaknya.

Aku benar-benar terkejut dan diam tidak mampu berkata apa-apa. Kemudian perlahan-lahan dia bangun menampakkan lekuk seluruh tubuhnya sambil berkata "Fara ingin ke bilik, kalau abang mahu ikut la Fara."

Aku merasa saat itu seluruh badan aku gementar melihat Fara selangkah demi selangkah perlahan dengan menggoda menaiki tangga ke biliknya. Ketika berada di puncak tangga dia melepaskan seluar dalamnya dan melemparkan ke arah aku. Aku tidak dapat menahan lagi lalu terus menuju ke pintu rumah dan berlari keluar menuju ke keretaku.

Tiba-tiba kedengaran tepukan gemuruh dari bawah rumah awek aku, seluruh keluarga dan awek aku keluar dari bawah rumah dan semuanya bertepuk tangan. Awek aku tersenyum bangga melihat aku, ayahnya mendekati aku lalu memeluk mengucap tahniah "Kami sekeluarga merasa sangat gembira kerana kamu telah lulus ujian kami, kamu ternyata pemuda yang sangat baik dan tidak mudah tergoda dengan pujuk rayu wanita."

Aku merasa sangat gembira dan dengan ini aku berpesan kepada korang semua :

"Jangan sesekali menyimpan kondom anda di dalam dompet, simpanlah ia di dalam kereta"



Kisah Benar Pengalaman Pertama Aku Digoda Perempuan Cantik



Aku merupakan seorang lelaki yang sangat bahagia. Awek aku cantik dan kami telah bercinta selama lebih dari setahun, jadi kami memutuskan untuk bertunang. Hanya ada satu hal kecil sering mengganggu aku, iaitu adik awek aku, Fara yang lebih muda dan lebih cantik. 

Calon adik ipar aku itu sering mengenakan baju yang sangat ketat dan selalu tanpa bra. Jika di rumahnya Fara seolah-olah sengaja dan sering membungkuk ketika di depan aku menyebabkan aku sering 'terpaksa' melihat kemantapan dan keindahan flora dan fauna di sebalik bukit yang berkembar itu.

Suatu hari aku berkunjung ke rumah awek aku. Entah kenapa hari itu hanya Fara seorang diri berada di rumah lalu kami berdua lepak dan berborak berdua-duaan di dalam rumah. Hari itu Fara mengenakan baju kuning yang nipis dan sangat ketat. Berkali-kali aku cuba membawa mata aku ke pohon-pohon rambutan dan pokok gajus di luar rumah namun usahaku hanya sia-sia. 

Sedang asyik berborak tiba-tiba Fara mendekati dan membisikkan kepada aku bahawa dia sedang mempunyai perasaan dan keinginan yang tidak mampu ditahan lagi. Perlahan dia mengucap ditelinga aku bahawa dia ingin bercinta dengan aku sekali sebelum aku menikahi kakaknya. 

Aku benar-benar terkejut dan diam tidak mampu berkata apa-apa. Kemudian perlahan-lahan dia bangun menampakkan lekuk seluruh tubuhnya sambil berkata "Fara ingin ke bilik, kalau abang mahu ikut la Fara."

Aku merasa saat itu seluruh badan aku gementar melihat Fara selangkah demi selangkah perlahan dengan menggoda menaiki tangga ke biliknya. Ketika berada di puncak tangga dia melepaskan seluar dalamnya dan melemparkan ke arah aku. Aku tidak dapat menahan lagi lalu terus menuju ke pintu rumah dan berlari keluar menuju ke keretaku.

Tiba-tiba kedengaran tepukan gemuruh dari bawah rumah awek aku, seluruh keluarga dan awek aku keluar dari bawah rumah dan semuanya bertepuk tangan. Awek aku tersenyum bangga melihat aku, ayahnya mendekati aku lalu memeluk mengucap tahniah "Kami sekeluarga merasa sangat gembira kerana kamu telah lulus ujian kami, kamu ternyata pemuda yang sangat baik dan tidak mudah tergoda dengan pujuk rayu wanita."

Aku merasa sangat gembira dan dengan ini aku berpesan kepada korang semua :
"Jangan sesekali menyimpan kondom anda di dalam dompet, simpanlah ia di dalam kereta"

Artikel Asal

Apa Kes! Lelaki Maut Selepas Menari Gangnam Style


Seorang bapa kepada tiga anak, Eamonn Kilbride, 46, meninggal dunia selepas menari tarian Gangnam Style pada parti hari Krismas yang dianjurkan di tempat kerjanya di Lancashire. Ketika itu, Kilbride yang bekerja sebagai pengurus teknologi maklumat (IT) sedang melakukan gerakan menunggang kuda Psy No 1 sebelum dia rebah ke lantai.

Menurut isterinya, Julie yang turut berada di parti berkenaan, suaminya sebelum itu telah mengadu sakit dada, dan dia juga telah melakukan bantuan CPR bagi menyelamatkan Kilbride. Pasukan perubatan yang tiba lima minit selepas itu, turut melakukan CPR ke atas Kilbride, namun dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Diraja Blackburn.

Pemeriksaan yang dijalankan oleh forensik mendapati mangsa meninggal dunia akibat sakit jantung.  Menceritakan detik-detik akhir suaminya itu, Julie berkata, ketika kejadian, suaminya sedang asyik menari tarian Gangnam Style di atas pentas.

“Dia kemudiannya mengadu sakit dan terus rebah. “Kilbride seorang lelaki yang bijak dan dia sering menasihatkan anak-anak supaya belajar bersungguh-sungguh,’’ katanya.

Kilbride yang gemar bermain golf itu mempunyai tiga cahaya mata dan kesemua mereka sedang menuntut di universiti. Siasatan telah dijalankan oleh polis sebaik sahaja Kilbride meninggal dunia, namun tiada unsur curiga dikesan

Thursday, December 20, 2012

Lawak - Balasan Perempuan Yang Angkuh



Ada sorang mamat tu masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat lapan sebuah bangunan.

Sampai tingkat satu, tetiba je masuk sorang awek cun lagi bergaya lalu menyembur perfume ke tubuhnya.”Ini perfume mahal tau..jenama Beverly Hills, RM400 sebotol,” katanya angkuh. Bengang giler mamat tu.

Sampai tingkat tiga, masuk lak sorang mak datin juga menyembur perfume ke tubuhnya. “Perfume Vecinza dari Itali, RM1000 sebotol tau,” kat mak datin tu lagi angkuh berbanding awek cun tadi. Lagi lar menyampah giler mamat tu.

Sampai je tingkat lapan, pintu lif pun terbuka dan mamat tu sed! ia lar nak keluar dari lif. “Proootttt!! ! Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan “gas aslinya” dalam lif tu.

“Telur rebus kedai mamak. Tak mahal, lima puluh sen sebiji jer..,”kata mamat tu selamba lalu berjalan meninggalkan kedua pompuan kerek yang mula termuntah dalam lif. 

Lawak Nak Mampos! Cimpanzi Tanpa Bulu

Cinder adalah chimpanzee yang tidak berbulu di St Louis Zoo. Dia mula kehilangan bulu apabila dia berusia kira-kira 5 bulan, didiagnos dengan penyakit kulit autoimun yang menyebabkan kehilangan rambut pada kulit kepala dan di tempat lain pada badan.









Wednesday, December 19, 2012

CARA MENGELAKKAN ROKOK KENA PAU!

TIPS UNTUK MENGELAKKAN ROKOK DIMINTA | Umum mengetahui rokok itu memudaratkan dan haram di sisi agama. Namun, masih ramai yang masih berkeras untuk meneruskan tabiat yang langsung tidak berfaedah ini.

Bukan nak mengata cuma untuk berpesan kepada diri sendiri dan kaum kerabat. Mazeer mengaku, Mazeer juga seorang perokok dan sedang berusaha untuk menghentikan tabiat yang membazir, menjejaskan kesihatan dan jelas sekali HARAM di sisi agama.

Aminkan doakan saya okay. "YA ALLAH, SEMOGA MAZEER diberi petunjuk dan kekuatan untuk berhenti merokok selama-lamanya".

AMIN.

Gambar menunjukkan situasi sebenar kasih sayang antara perokok.

Baiklah, Mazeer memang selalu sangat jadi mangsa PAU rokok ni. Tak kisah la, orang Malaysia ke, Orang Korea ke, Orang Amerika ke, semua pernah

PAU rokok Mazeer. Al-maklumlah, muka jambu dan baik hati. HAHAHAHA!

Statistik dia macam ni, Kawan-kawan paling banyak PAU, Rakan sekerja medium dan orang tak dikenali jarang-jarang.

KAWAN > RAKAN SEKERJA > STRANGERS

Kat mana pulak strangers nak PAU?

Dekat KLIA atau LCCT dan di mana-mana tempat pun ada adengan PAU MEMPAU ni. Bangla pun pernah PAU beb!

Rokok ni penyakit, orang mintak penyakit, bagi je la.

Baiklah, jom kita baca tips dan cara-cara yang 100% berkesan untuk mengelakkan rokok anda kena PAU.

CARA MENGELAK ROKOK KENA PAU UNTUK STUDENT

1. Tak payah tunjukkan kotak rokok anda kepada member-member. Beli rokok murah untuk spare. Kalau ada member yang mintak, bagi rokok John, Zone King, Canyon dan sebagainya. Simpan Dunhill, Winston dan Marlboro tu untuk masa depan. (Itupun kalu nak bagi la. Tak payah bagi lagi bagus.)

2. Kalau nak tidur, jangan ampai rokok anda merata. Bawak tidur sekali simpan bawah bantal. Sebab, kalau ada member perokok tegar duduk kat rumah dan selalu sangat kehabisan rokok, pasti rokok anda menjadi mangsa utama.

3. HATI KERING. Orang mintak, cakap tak ada walaupun sebenarnya ada. Lantak diorang nak cakap apa.

4. Masa makan kat kedai makan atau kedai mamak, jangan sesekali letak rokok kat meja makan. Nanti member-member sekeliling berpendapat rokok itu adalah rokok kawan-kawan dan untuk kawan-kawan. Nak hisap, keluarkan sebatang dan simpan balik dalam poket atau beg.

5. TIPU. Kalau ada member mintak masa anda merokok tu, cakap anda beli batang-batang kat kedai Mas Sukardi, Kedai Tok Moh dan kedai-kedai yang berdekatan dengan rumah anda.

6. Spare kotak rokok yang kosong. Letak 2 batang dalam tu. Simpan selebihnya. Sebab, kebanyakan perokok akan berfikir dua tiga kali untuk MENGEPAU rokok member yang tinggal sebatang dua.

7. EKSTREM. Renyuk-renyuk dan buruk-burukkan kotak rokok anda supaya nampak macam kotak rokok lama. Kalau ada member mintak, automatik terus buang ke lantai atau ke tong sampah cakap yang kotak je tinggal dan kebetulan nak buang.

8. JUJUR. Cakap jujur je anda tak nak bagi dan suruh lahanat tu beli sendiri. Ini memerlukan keberanian dan ketulusan hati. CEWAH!

9. PAU SEBELUM ANDA KENA PAU.

CARA MENGELAK ROKOK KENA PAU UNTUK PEKERJA

1. Masa pergi SMOKING BREAK tu, bawak sebatang je. Tak bawak lighter pun takpe. PAU je lighter perokok-perokok tegar kat situ.

2. Tak payah nak peramah sangat dengan pekerja-pekerja tu semua. Sebab, silap hari bulan nanti kau akan kena PAU. Risiko kena PAU akan meningkat sekiranya anda mengenali mereka.

3. Tak perlu la nak senyum-senyum dengan orang-orang tempat anda rehat tu. Buat muka ketat je. Sebab, kemungkinan besar mereka sedang mencari mangsa untuk DIPAU. Nampak je PENGEPAU, terus jauhkan diri anda.

4. Kalau pekerja lain tanya ada rokok lebih ke tak, cakap je tak ada. Rokok lebih mestilah ada kan. Bergantung pada kita je nak bagi dia atau tidak.

5. Kalau ada panggil nak mintak rokok, pura-pura tak dengar je. Itu adalah panggilan misteri yang akan mengurangkan lagi rokok anda.

6. Kalau berani sangat, tegur je. Kita sama-sama kerja. Gaji kau lagi tinggi dari gaji aku. Belilah rokok, BAHALUL.

7. Tak payah lepak la dalam keramaian tu semua. Korang ambil port korang sendiri.

8. Bila ada orang tanya ada rokok lebih ke tak, korang selambe je jawab, takde dan belum beli lagi. Pastu tanya balik dia ada rokok lebih tak.

9. Kalau awek atau bini korang merokok, korang tak payah beli rokok. PAU JE ROKOK DIORANG. HAHAHAHA!

Tips ke-10 yang 100% berkesan untuk CARA MENGELAK ROKOK KENA PAU UNTUK STUDENT dan CARA MENGELAK ROKOK KENA PAU UNTUK PEKERJA adalah BERHENTILAH MEROKOK DAN ANDA AKAN DAPAT MENJIMATKAN ROKOK ANDA, MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN ANDA DAN JUGA ORANG SEKELILING ANDA.

Sekian sahaja tips dari Mazeer Mohamad yang berbibir pink dan jambu ni.

HAHAHAHA!

Lawak Mr Bean Hantar Surat Kepada Microsoft



1) Di dalam sistem terdapat butang ‘START’ tetapi saya dapati tidak ada butang ‘STOP’. Saya minta Tuan tolong periksa?

2) Saya sudah pelajari ‘Microsoft Word’, sekarang saya mahu pelajari ‘Microsoft Sentence’. Bila Tuan akan menjualnya?

3) Di dalam komputer saya terdapat ‘Microsoft Office’, bagaimana dengan ‘Microsoft Home' kerana saya menggunakan komputer ini di rumah?

4.Satu soalan peribadi. Nama Tuan adalah ‘Gates’, tetapi Tuan menjual ‘Windows’ kenapa tidak ‘Doors’?<
Saya menanti jawapan Tuan...

Sekian Terima kasih,
Mr. Bean

KATAKAN TIDAK KEPADA i-CITY SHAH ALAM!


KATAKAN TIDAK KEPADA i-CITY SHAH ALAM | Tak sangka betul I-City yang dibangga-banggakan Malaysia sebenarnya adalah lintah yang menyedut darah rakyatnya sendiri. Mari kita baca luahan berani mati seorang rakyat Malaysia tentang betapa teruknya I-City Shah Alam.

Mazeer pernah jugak lepak I-City Shah Alam ni. Adalah jugak dua tiga kali. Itupun member ajak. Masuk tak lama pun, ambil gambar dua tiga keping, rasa panas dan rimas sebab ramai sangat orang dan balik. Ada jugak terdetik nak masuk SNOW WALK dia tu. Nasib baiklah tak masuk. Kalau tak, jadi macam abang kat bawah ni. Tetipu, ditipu oleh penipu!

Entah macam mana pulak cerita Water World I-City tu kan. Mesti ada lagi taktik baru nak dapatkan duit masyhuk yang diorang guna.

TAHNIAH I-CITY.

JOM LAYAN.

I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit....

Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dan aku luka jiwa raga.

Aku kena main dan aku kena tipu.

Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.

Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. 

Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.

Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. 

Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.

Mari aku ceritakan celakanya.

Yuran entry, selepas 7pm, RM10. Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh.

Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.
Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa. Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!.

Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). 

Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli. 

Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.

Dengan berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, "handbeg tak boleh bawak masuk". Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar". 

Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.

Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?". 

Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik?
Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.

Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah!

Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.

Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3 game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. Bodo anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour?

Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau "Janganlah..mahal lah".
yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game. Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit.

Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni.

Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated "RM5/person" untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game" RM10/person". Isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just suruh keluar sebab tak lepas height?

Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.

Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?"
Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu" sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.

Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok.

Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5. Mindtrick, sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation.

Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. 

Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30?

Nampak tak macam mana orang kampung kena main?

Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panja SEMBANG KENCANG...ng.

Kesimpulan yang aku boleh bagi;

Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit.

Pesan aku: I-City memang mahal...kalau kaya tak pe..kalau korang gaji biasa-biasa je, better jangan masuk snowalk tu..

Najwa Latif merajuk ketika Neelofa duduk di samping Nabil

Gambar Najwa Latif merajuk ketika Neelofa duduk di samping Nabil. Manakala Nabil pula hanya tersenyum girang kerana akhirnya berjaya juga duduk berdekatan dengan artis paling seksi di Malaysia ketika ini iaitu Neelofa. Nampaknya penampilan Najwa jauh lebih sopan daripada Neelofa walaupun kedua-duanya artis terkenal di Malaysia. Apakah kata Nabil dan apa kata korang?


Tuesday, December 18, 2012

Kisah Misteri Tingkat 13 KLCC


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada suatu kisah misteri yang berlaku di tingkat 13 KLCC, dikatakan kisah benar yang mengerikan lagi menyeramkan ini terjadi kepada seorang staff lelaki yang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC. 

Pada hari tersebut (hari Khamis malam Jumaat) beliau ada membuat OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam sendirian. Sampai di depan lif, dia pun tekan tombol untuk turun. Kemudian,pintu lift terbuka tanpa ada sesiapa di dalamnya. Dia masuk dan tekan tombol “G” untuk ke Ground floor. 

Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke atas, tidak turun ke bawah. Ketika sampai di tingkat 59, lift tersebut berhenti. Dan pintu lif terbuka… kemudian masuklah seorang perempuan yang cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis. Dia tak pernah melihat perempuan itu sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun masuk dan berdiri di belakangnya. 

Dia tertanya-tanya di dalam hatinya… “Siapa perempuan itu, dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah?” Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah. Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat ke satu tingkat. 

Tiba di tingkat 13, lampu lift terpadam dan lift terhenti. Dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu rongga hidungnya. Bulu romanya tiba-tiba berdiri. Dalam keadaan yang begitu cemas dan seram, dia cuba menenangkan perasaannya dengan membaca apa sahaja ayat-ayat suci yang terlintas diingatannya sambil memberanikan diri untuk menoleh ke belakang setelah lampu lift menyala. Tiba-tiba saja, perempuan yang berada belakangnya ketawa ……… dan segera berkata …….. 

“Maaf ya… saya kentut…abang jangan marah ya ?”...lallalalallalala....

Jangan Fikirkan Pasal Sex



Cerita 1
Zaulyn merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. zaulyn pun menjerit “..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya..”..

Cerita 2
Azmir meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. azmir tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk “bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau.”

Cerita 3
Saiful nizam menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu …”cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas” . Anak saiful nizam yang masih bayi terus menangis meminta susu. saiful nizam semakin tension.

Cerita 4
Syarizal menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar “Come on baby, lets make it…”..katanya berulanang-ulang kali tanpa henti.. Kemuncaknya semakin tiba dan syarizal kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.

Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. khairul azman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. khairul azman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip khairul azman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.

Kesimpulannya
Jika Korang langsung tidak terfikirkan mengenai seks semasa membaca 5 cerita diatas, ini bermaksud korang bukanya seorang yang normal. 

Sebaliknya jika anda terfikirkan sesuatu yang berkaitan dengan seks jangan ler anda risau, sebab anda adalah seorang yang normal..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More