Wednesday, December 19, 2012

CARA MENGELAKKAN ROKOK KENA PAU!

TIPS UNTUK MENGELAKKAN ROKOK DIMINTA | Umum mengetahui rokok itu memudaratkan dan haram di sisi agama. Namun, masih ramai yang masih berkeras untuk meneruskan tabiat yang langsung tidak berfaedah ini.

Bukan nak mengata cuma untuk berpesan kepada diri sendiri dan kaum kerabat. Mazeer mengaku, Mazeer juga seorang perokok dan sedang berusaha untuk menghentikan tabiat yang membazir, menjejaskan kesihatan dan jelas sekali HARAM di sisi agama.

Aminkan doakan saya okay. "YA ALLAH, SEMOGA MAZEER diberi petunjuk dan kekuatan untuk berhenti merokok selama-lamanya".

AMIN.

Gambar menunjukkan situasi sebenar kasih sayang antara perokok.

Baiklah, Mazeer memang selalu sangat jadi mangsa PAU rokok ni. Tak kisah la, orang Malaysia ke, Orang Korea ke, Orang Amerika ke, semua pernah

PAU rokok Mazeer. Al-maklumlah, muka jambu dan baik hati. HAHAHAHA!

Statistik dia macam ni, Kawan-kawan paling banyak PAU, Rakan sekerja medium dan orang tak dikenali jarang-jarang.

KAWAN > RAKAN SEKERJA > STRANGERS

Kat mana pulak strangers nak PAU?

Dekat KLIA atau LCCT dan di mana-mana tempat pun ada adengan PAU MEMPAU ni. Bangla pun pernah PAU beb!

Rokok ni penyakit, orang mintak penyakit, bagi je la.

Baiklah, jom kita baca tips dan cara-cara yang 100% berkesan untuk mengelakkan rokok anda kena PAU.

CARA MENGELAK ROKOK KENA PAU UNTUK STUDENT

1. Tak payah tunjukkan kotak rokok anda kepada member-member. Beli rokok murah untuk spare. Kalau ada member yang mintak, bagi rokok John, Zone King, Canyon dan sebagainya. Simpan Dunhill, Winston dan Marlboro tu untuk masa depan. (Itupun kalu nak bagi la. Tak payah bagi lagi bagus.)

2. Kalau nak tidur, jangan ampai rokok anda merata. Bawak tidur sekali simpan bawah bantal. Sebab, kalau ada member perokok tegar duduk kat rumah dan selalu sangat kehabisan rokok, pasti rokok anda menjadi mangsa utama.

3. HATI KERING. Orang mintak, cakap tak ada walaupun sebenarnya ada. Lantak diorang nak cakap apa.

4. Masa makan kat kedai makan atau kedai mamak, jangan sesekali letak rokok kat meja makan. Nanti member-member sekeliling berpendapat rokok itu adalah rokok kawan-kawan dan untuk kawan-kawan. Nak hisap, keluarkan sebatang dan simpan balik dalam poket atau beg.

5. TIPU. Kalau ada member mintak masa anda merokok tu, cakap anda beli batang-batang kat kedai Mas Sukardi, Kedai Tok Moh dan kedai-kedai yang berdekatan dengan rumah anda.

6. Spare kotak rokok yang kosong. Letak 2 batang dalam tu. Simpan selebihnya. Sebab, kebanyakan perokok akan berfikir dua tiga kali untuk MENGEPAU rokok member yang tinggal sebatang dua.

7. EKSTREM. Renyuk-renyuk dan buruk-burukkan kotak rokok anda supaya nampak macam kotak rokok lama. Kalau ada member mintak, automatik terus buang ke lantai atau ke tong sampah cakap yang kotak je tinggal dan kebetulan nak buang.

8. JUJUR. Cakap jujur je anda tak nak bagi dan suruh lahanat tu beli sendiri. Ini memerlukan keberanian dan ketulusan hati. CEWAH!

9. PAU SEBELUM ANDA KENA PAU.

CARA MENGELAK ROKOK KENA PAU UNTUK PEKERJA

1. Masa pergi SMOKING BREAK tu, bawak sebatang je. Tak bawak lighter pun takpe. PAU je lighter perokok-perokok tegar kat situ.

2. Tak payah nak peramah sangat dengan pekerja-pekerja tu semua. Sebab, silap hari bulan nanti kau akan kena PAU. Risiko kena PAU akan meningkat sekiranya anda mengenali mereka.

3. Tak perlu la nak senyum-senyum dengan orang-orang tempat anda rehat tu. Buat muka ketat je. Sebab, kemungkinan besar mereka sedang mencari mangsa untuk DIPAU. Nampak je PENGEPAU, terus jauhkan diri anda.

4. Kalau pekerja lain tanya ada rokok lebih ke tak, cakap je tak ada. Rokok lebih mestilah ada kan. Bergantung pada kita je nak bagi dia atau tidak.

5. Kalau ada panggil nak mintak rokok, pura-pura tak dengar je. Itu adalah panggilan misteri yang akan mengurangkan lagi rokok anda.

6. Kalau berani sangat, tegur je. Kita sama-sama kerja. Gaji kau lagi tinggi dari gaji aku. Belilah rokok, BAHALUL.

7. Tak payah lepak la dalam keramaian tu semua. Korang ambil port korang sendiri.

8. Bila ada orang tanya ada rokok lebih ke tak, korang selambe je jawab, takde dan belum beli lagi. Pastu tanya balik dia ada rokok lebih tak.

9. Kalau awek atau bini korang merokok, korang tak payah beli rokok. PAU JE ROKOK DIORANG. HAHAHAHA!

Tips ke-10 yang 100% berkesan untuk CARA MENGELAK ROKOK KENA PAU UNTUK STUDENT dan CARA MENGELAK ROKOK KENA PAU UNTUK PEKERJA adalah BERHENTILAH MEROKOK DAN ANDA AKAN DAPAT MENJIMATKAN ROKOK ANDA, MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN ANDA DAN JUGA ORANG SEKELILING ANDA.

Sekian sahaja tips dari Mazeer Mohamad yang berbibir pink dan jambu ni.

HAHAHAHA!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More