Monday, December 24, 2012

Beg Sekolah Kalis Peluru Mula Di Jual

Dunia hari ini masih lagi meratapi kematian 20 kanak-kanak dan 8 orang dewasa yang terkorban akibat tembakan manusia tak berakal Adam Lanza. 

Naharom yang berusia 20 tahun ini terlebih dahulu telah menembak ibunya tepat di bahagian kepala sebelum bertindak menggila menembak kanak-kanak dan guru di Sekolah Rendah Sandy Hook, Cennecticut Amerika Syarikat. 

Akibat daripada insiden ini sebanyak 158,000 tanda tangan telah berjaya di kumpulkan bagi mendesak Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menggubal undang-undang pemilikan senjata di negara itu. 

Sementara itu dua buah firma keselamatan di AS telah menghasilkan satu inovasi baru iaitu beg sekolah kalis peluru bagi kanak-kanak menghadapi sebarang insiden yang tidak di ingini di sekolah. 

Amendment II menghasilkan beg sekolah yang mampu menangkis peluru .24cal dan .357 mag dan Joe Curran pengasas Bullet Blocker telah berjaya menghasilkan rekaan beg sekolah kalis peluru yang mampu menangkis variasi serangan daripada pelbagai jenis senjata api. Kedua-dua beg sekolah ini di jual di antara $250 (RM 770) hingga $600 (RM 1800) seunit. 


beg sekolah kalis peluru di perkenalkan di amerika syarikatbeg sekolah kalis peluru di perkenalkan di amerika syarikatbeg sekolah kalis peluru di perkenalkan di amerika syarikatbeg sekolah kalis peluru di perkenalkan di amerika syarikatInformasi asal:Reuters/Jesicca Rinaldi/AP/Rick Bowmer

Oh Serius Bucublog

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More