Saturday, December 22, 2012

Julia Perez Akhirnya Mohon Maaf Setelah puas Berperang



Setelah puas berperang dengan Presiden Senima, Zed Zaidi, akhirnya pelkon sensasi Indonesia dilihat mulai berlembut dengan memohon maaf diatas komen yang mungkin disalah erti oleh rakyat Malaysia.

Menurut info dari Ketua Pemasaran dan Perniagaan NSK, Sofiyant Rahman, Julia Perez telah menyatakan sendiri kekesalannya itu menerusi emel yang dihantar kepada pihaknya.

“Kata Julia Perez dia tidak menyangka bahawa komen yang dibuatnya di dalam posting tweetnya itu telah disalahertikan hingga mengundang kemarahan banyak pihak. Dengan itu, dia ingin memohon maaf kerana bukan niatnya untuk melukakan semua pihak terhadap posting tweetnya itu, apatah lagi bersikap kurang ajar dengan Zed Zaidi.

“Apapun, kami sudah pun berjumpa dengan Zed Zaidi untuk memohon maaf tentang hal ini dan sekarang ini, Julia Perez pula mahu meminta maaf bagi pihaknya sendiri,” katanya lagi.

Dibawah ini adalah antara isi kandungan emel dari Julia Perez sendiri:

“Komen saya bagi saya telah salah diertikan walaubagaimana pun saya minta maaf kepada sesiapa saja sekiranya ianya telah melukakan perasaan anda, khusus kepada rakan industry yang dihormati dan peminat kesayaang saya.

“Saya berterima kasih kepada Industri Filem Malaysia sudi memberi peluang kepada saya, yang saya terima untuk melibatkan diri saya kerana kepercayaan saya dengan penuh hormat padanya.

“Selebriti Indonesia mempunyai ramai peminat Malaysia yang menyayangi mereka dan selebriti Malaysia sentiasa di terima dan di sayangi oleh peminat di Indonesia. Peluang kerjasama rentas di antara kedua-dua negara Indonesia dan Malaysia harus di beri peluang untuk berkembang , itu adalah satu keinginan saya secara peribadi.”

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More