Tuesday, December 25, 2012

KENAPA CICAK MELEKAT KAT DINDING?


Rahsia Cicak Melekat Di Dinding Terbongkar | Para saintis baru-baru ini telah berjaya menemui bahawa cicak sebenarnya melekat pada dinding bukan disebabkan oleh bahan kimia yang dihasilkannya tetapi disebabkan oleh faktor geometri.

Penemuan itu mendapati kaki cicak telah memainkan peranan yang besar dalam memastikan ia mampu melekat di dinding atau siling bangunan tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.

Penyelidik mendapati yang helaian bulu-bulu kecil yang terdapat di bawah tapak kaki cicak cukup sesuai untuk menghasilkan kuasa tarikan antara molekul-molekul yang dikenali sebagai kuasa 'van der Waals'.

Cicak mempunyai berjuta-juta mikroskopik helaian bulu di tapak kakinya yang lebih halus dari rambut manusia dan setiap daripadanya pula dipecahkan pula kepada 1,000 bahagian kecil lagi sehingga hanya boleh dilihat melalui mikroskop elektron.

Bentuk helaian-helaian rambut nipis ini juga amat penting dalam menentukan bagaimana seekor cicak mampu memanjat dinding atau bergayut di siling rumah dengan melekatkan tumitnya pada mana-mana permukaan yang licin dalam masa satu daripada lapan ribu saat dan kemudian menariknya kembali.

Kedudukan sudut setiap bulu pada tapak kaki cicak itu memainkan peranan penting dalam menentukan kedudukannya dan menggunakan tumitnya untuk melekat pada dinding dan apabila kedudukan itu bertukar kepada 30 darjah, ia dengan sendiri tidak akan lagi mencengkam.

Penemuan oleh beberapa penyelidik di universiti di Amerika Syarikat ini dijangka akan membantu manusia untuk mencipta lebih banyak produk seperti robot yang mampu bergerak di dinding atau dalam darjah yang mencondong di masa depan.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More