Monday, December 24, 2012

Amanat: Status Anak Penyokong Pas Diragui




KOTA BHARU 23 Dis. - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pernah mengeluarkan surat rasmi menegur Amanat Haji Hadi dan membidas fatwa-fatwa dalam amanat itu yang menuduh ahli UMNO sebagai kafir.

Pengerusi Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan (Gerakan Tukar), Kamarudin Kasim berkata, teguran tersebut dibuat selepas mesyuarat khas oleh MAIK yang turut dihadiri Mufti Kelantan ketika itu selepas berlaku perpecahan dalam kalangan orang Melayu berikutan amanat tersebut.

Sehubungan itu pihaknya mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataan tersebut dan berharap agar penyokong tegar parti terbabit kembali ke pangkal jalan.

Kamarudin yang hadir di pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini turut menyerahkan salinan surat teguran itu yang dikeluarkan Yang Dipertua MAIK ketika itu, Datuk Wan Mohamed Yusuf sebagai bukti untuk disebarkan kepada rakyat.

Terdapat lapan perkara yang disentuh dalam mesyuarat khas itu iaitu tidaklah sah sembahyang di belakang orang Umno, haram dimakan daging sembelihan orang Umno, terfasakh pernikahan antara orang Umno dengan bukan Umno dan tidak sah akad nikah oleh imam daripada Umno.

Turut dibincangkan adalah akad nikah yang dibuat oleh imam Umno perlu diperbaharui, mayat orang Umno tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan  Islam, jenazah orang Umno tidak boleh disembahyangkan kerana murtad dan orang Umno tidak boleh melakukan sembahnyang jenazah terhadap orang bukan Umno serta orang Umno tidak perlu sembahyang atau menunaikan haji kerana amalan mereka tidak diterima Islam.

"Mesyuarat Khas itu telah membahsakan perkara-perkara yang tersebut di perenggan kedua di atas serta juga ceramah-ceramah yang disalin ke dalam kaset-kaset atau pita rakaman berhubung dengan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat tersebut itu dan mengambil keputusan bahawa;

Setelah membahas mengenai perkara-perkara tersebut dengan beralasan kepada kitab-kitab tafsir dan kitab-kitab tauhid karangan ulama yang muktabar, maka dengan sebulat suara jemaah ulama membuat keputusan bahawa kelapan-lapan perkara yang tersebut adalah tidak benar dan bertentangan dengan ajaran Islam serta sangat mendatangkan bahaya terhadap akidah Islamiyah dan orang-orang Islam.

Oleh yang demikian, MAIK memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan terkeliru dengan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang menyeleweng serta menyesatkan umat Islam yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab" jelas surat tersebut.

Surat tersebut menyatakan mesyuarat khas itu turut dihadiri Timbalan Mufti Kelantan ketika itu dan beberapa tok guru pondok seluruh Kelantan.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan pendedahan bekas aktivitis dan penyokong tegar Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N Al Afghani bahawa puluhan ribu pengikut Pas masih berpegang kepada amanat Haji Hadi.

Beliau yang juga penulis buku Kafirkah Aku? sehubungan itu mendesak agar amanat itu ditarik balik kerana penyokong tegar Pas sehingga hari ini masih beranggapan ahli UMNO lebih hina daripada orang bukan Islam.










0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More