Sunday, December 23, 2012

9,200 Penduduk Selangor Tiada Air ?



Kira-kira 9,200 pengguna di sekitar Lembah Klang akan menghadapi masalah gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Hijau diaktifkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) bermula pukul 11.30 malam semalam.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Syabas berkata, pengaktifan itu dilakukan selepas berlakunya penurunan paras kolam-kolam utama kerana permintaan bekalan air di kawasan bekalan meningkat secara mendadak.

"Antara kawasan yang terlibat adalah Pandan Indah, Pandan Perdana, Taman Taynton View dan Taman Bukit Segar, namun Syabas akan menyediakan sebanyak lima buah lori tangki bagi membantu membekalkan air ke kawasan yang terlibat," jelas Syabas.

Dalam pada itu, menurut Syabas, pengaktifan ERP Kod Hijau akan membolehkan Syabas memantau dan mengurus kawasan yang menghadapi masalah gangguan air.



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More