Showing posts with label Ubat Demam Panas. Show all posts
Showing posts with label Ubat Demam Panas. Show all posts

Saturday, August 18, 2012

Belimbing Buluh Ubat Darah Tinggi?

Belimbing buluh (belimbing asam) ni kalau dimasak lemak udang memang sedap. Selain sedap, ia turut berkhasiat. Sebelum ini, saya pernah kongsikan kegunaannya dalam merawat kuku. Anda boleh rujuk artikel ini ~ "Inginkan Kuku Cantik Berkilat?" untuk mengetahui caranya.

Anda yang ada penyakit darah tinggi pun boleh memanfaatkan khasiat semulajadinya. Kaedahnya akan saya nyatakan satu-persatu sebentar saja lagi. Okey?

BelimbingBuluh @ BelimbingAsam 

1. Ambil beberapa biji buah belimbing asam yang masih segar.

2. Bersihkannya dulu dan kisar kesemuanya hingga lumat.

3. Setelah lumat, tapiskannya ke dalam cawan untuk diambil airnya.

4. Amalkan meminum air tapisan belimbing asam ni sekali sehari. Sama ada pada waktu pagi ataupun petang.

5. Rasanya teramatlah masam. Jadi, anda boleh menambah sedikit perasa seperti madu ataupun gula batu.


Oohhhh... sebelum terlupa, daun belimbing buluh pun ada kegunaannya. Sekiranya mengalami demam panas, anda boleh cuba petua di bawah;

1. Ambil beberapa helai daun belimbing buluh yang masih segar.

2. Ramas kesemua daun tersebut bersama dengan sedikit air hingga lumat.

3. Setelah lumat, letakkan daun yang telah diramas tadi di atas sehelai kain bersih.

4. Akhir sekali, demahkan kain tadi pada kepala si pesakit.

5. Biarkannya begitu sehinggalah rasa panas berkurangan.

6. Jika masih tak reda, ulangi langkah 1 hingga 5 di atas.


Buat sementara waktu ni, begitulah antara khasiat belimbing buluh yang dapat saya kongsikan dengan anda. Iaitu sebagai ubat darah tinggi juga ubat demam panas. Harap ianya dapat dipanjang-panjangkan ya.


PetuaSejagat

Tuesday, August 31, 2010

Petua atau Ubat Demam Panas?

Ada tak di antara anda yang kena demam panas dalam bulan puasa ni? Jikalau ada, saya nak tambah satu lagi petua demam panas. Bahan yang anda perlukan ialah keman air. Ataupun mungkin ada sesetengah anda yang mengenalinya sebagai setangki. Nama saintifiknya ialah Neptunia Oleracea.



Keman Air- andromeda.cavehill.uwi.edu




Sekarang, ikutilah petua di bawah bagi merawat demam panas tersebut;


1. Ambil beberapa batang pokok keman air termasuk daunnya sekali. :)

2. Bersihkan ia dulu dan rebus sampai mendidih.

3. Bila dah mendidih, anda biarkan ia suam sekejap.

4. Kemudian, tapis dan tuangkan air rebusan keman air tadi ke dalam gelas.

5. Minumlah secara perlahan-lahan ya.


Anda boleh teruskan amalan ini sehingga demam panas yang dialami berkurangan dan beransur sembuh.


Selamat Mencuba!


p.s: Selain demam panas, keman air ni turut berkhasiat dalam merawat sakit telinga. Itu akan saya ceritakan kemudian ya. :)

Wednesday, February 10, 2010

Daun Setawar Ubat Demam Panas?

Adakah anda sedang tercari-cari petua mengatasi gejala demam panas? Kalau ya, apa kata anda cuba kaedah tradisional pula. Iaitu dengan menggunakan daun setawar. Selain pokoknya yang sering dijadikan hiasan, daunnya memang diakui boleh mengurangkan rasa panas badan.

Daun Setawar - filipinoherbshealingwonders.filipinovegetarianrecipe.com



Cara-caranya:


1. Anda dapatkan beberapa helai daun setawar yang masih segar.

Daun Setawar 2 - Jeremy-G @ flickr.com



2. Seterusnya, ramaskan kesemua daun tersebut.

3. Lepas tu, ambil pula sehelai tuala bersih dan basahkannya dengan air bersih.

4. Kemudian, anda letakkanlah daun setawar yang telah diramas tadi ke atas tuala basah tadi.

5. Akhir sekali, letakkan pula tuala tersebut di kepala anda sehinggalah rasa panas badan tu berkurangan.

Anda juga boleh mengulangi proses di atas sehinggalah ia benar-benar reda. Semoga ubat tradisional ni mampu menyembuhkan demam panas anda ya.


Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More