Showing posts with label rare. Show all posts
Showing posts with label rare. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Budak Perempuan Dengan Badan Di Tutupi Bulu Hitam Di China (4gambar)

Liu Jiangli, seorang budak perempuan yang mengalami satu penyakit kulit yang sangat jarang berlaku sejak dilahirkan. Tubuh budak ini ditutupi hampir 60% oleh bulu hitam dan lagi malang apabila beliau ditinggalkan oleh kedua ibu bapa serta dipulaukan oleh kanak-kanak lain kerana penyakit tersebut.

Beliau bernasib baik apabila diambil dan dijaga oleh datuk kepada sepupunya. Liu Jiangli berkemungkinan mengalami sindrom Ambras, namun setakat ini belum ada penjelasan sebenar untuk menerangkan penyakit yang dihidapi tersebut.

Harap-harap ada orang yang baik hati untuk menolong merawat penyakit yang dihidapi oleh beliau seperti yang berlaku kepada Didier Montalvo, the turtle boy. Give her back a faith in humanity.

Sunday, August 5, 2012

Turtle Boy Berjaya Dibedah Untuk Mebuang Tahi Lalat Gergasi Di Badannya (6 Gambar)

Seorang budak lelaki bernama Didier Montalvo berusia 6 tahun dan berasal daripada Colombia mendapat gelaran 'turtle boy' kerana tahi lalat gergasi yang tumbuh di belakang beliau menyerupai cengkerang penyu. Didier sebenarnya mengalami Congenital Melanocytic Nevus yang sangat jarang berlaku.
Lagi menyedihkan, Didier dan keluarganya dipulaukan oleh penduduk setempat yang percaya kepada perkara karut dan bimbang bahawa Didier telah disentuh kuasa jahat kerana dikandungkan semasa gerhana berlaku. Ini bermakna beliau juga tidak boleh ke sekolah dan dibaptiskan.

Mujurlah kesusahan yang dialami Dieder ini didengari oleh seorang pakar bedah plastik British, Neil Bulstrode dan tahi lalat gergasi ini berjaya dibuang melalui pembedahan yang dilakukan oleh pakar bedah ini secara percuma. Kini Didier boleh membesar seperti kanak-kanak yang lainnya. :)








Monday, July 23, 2012

Rare: Apabila Enam Generasi Bergambar Bersama (4 Gambar)

Ini rare.

Memang sangat jarang dan ini pertama kali aku mengetahui mengenai keluarga yang mempunyai enam generasi yang masih hidup. Keluarga ini tinggal di Virginia.

Kalau Mollie Wood (111 tahun) memanggil Savannah Shifftlett sebagai piut, adakah Braylin Higgins adalah miut?. Persoalannya sekarang, Apakah pangilan spesifik yang patut diberikan oleh bayi tersebut kepada Mollie Wood dan Luise Minter? Mesti anda pening memikirkannya haha.

Sunday, July 22, 2012

Serangan Comel: Snow White Si Tupai Albino (4 Gambar)

Comel dan rare.

Sebelum ini aku ada paparkan penguin albino yang dijumpai pulau Aitcho, Antartika. Kali ini mari lihat pula tupai albino yang comel. Ianya dinamakan Snow White, sesuai dengan rupanya. Mujurlah tupai ini sempat diselamatkan selepas ianya diserang oleh dua ekor tupai kelabu yang mungkin cemburu dengan warna bulunya haha.

Untuk pengetahuan anda, kebarangkalian seekor tupai albino untuk lahir adalah 1 daripada 100000 kelahiran tupai kelabu. Tupai albino juga tidak mempunyai penglihatan yang bagus menyebabkannya selalu menjadi sasaran pemangsa dan tidak dapat hidup lebih lama daripada tupai-tupai normal.








Labah-Labah Paling Gembira Di Dunia (4 Gambar)

Amazing!

Gambar labah-labah dengan 'happy face' yang menjadi sensasi di internet ini diambil oleh Darlyne Murawski, photographer daripada Massachusetts.

Labah-labah ini dijumpai di hutan hujan yang terdapat di Pulau Hawaii dan ianya sebesar beberapa milimeter sahaja. Sangat sesuai dengan penampilannya yang gembira, labah-labah ini tidak berbahaya kepada manusia.









Saturday, July 21, 2012

Rare: Gambar Album 'Abbey Road' The Beatles Dari Arah Bertentangan (2 Gambar)

Ini rare.

Abbey Road merupakan album yang ke-11 dikeluarkan oleh The Beatles. Sebenarnya aku baru perasan yang Paul McCartney hanya berkaki ayam dalam gambar yang digunakan untuk album ini. (klik spoiler di bawah). Ada satu cerita dan spekulasi disebalik gambar ini dan mengapa Paul McCartney tidak memakai kasut. Jika anda rajin, silalah google 'Paul Mccartney dead'.

Selain gambar Abbey Road yang terkenal ini, terdapat lagi satu gambar Abbey Road dimana kumpuan The Beatles ini berjalan dari arah yang bertentangan. Gambar ini sedang dilelong dan akan dijangka mencecah harga £9,000. Dalam gambar ini juga, Paul McCartney kelihatan memakai sandal! At least beliau masih hidup ketika ini haha.



Tibe2Jam6Petang  

Wtf: Nama Baru Seorang Wanita Mengandungi 161 Perkataan (Berita)

What the..

Puan Dawn McManus (41), seorang wanita daripada Hartlepool telah menukar nama beliau dan mendaftarkannya secara sah. Apa yang menariknya adalah nama terbaru yang dipilih beliau sangat panjang dan memiliki sebanyak 161 perkataan.

Sebenarnya tujuan beliau menukar nama adalah untuk menarik perhatian dan mengalakkan pengumpulan dana kebajikan bagi menyokong menyokong anak-anak muda yang mahu meneruskan kerjaya kreatif seperti lakonan, nyanyian atau membuat filem. Satu usaha yang baik. Di bawah ini ialah nama terbaru Puan Dawn McManus. Sila lah layan haha.

Red Wacky League Antlez Broke the Stereo Neon Tide Bring Back Honesty Coalition Feedback Hand of Aces Keep Going Captain Let's Pretend Lost State of Dance Paper Taxis Lunar Road Up Down Strange All and I Neon Sheep Eve Hornby Faye Bradley AJ Wilde Michael Rice Dion Watts Matthew Appleyard John Ashurst Lauren Swales Zoe Angus Jaspreet Singh Emma Matthews Nicola Brown Leanne Pickering Victoria Davies Rachel Burnside Gil Parker Freya Watson Alisha Watts James Pearson Jacob Sotheran Darley Beth Lowery Jasmine Hewitt Chloe Gibson Molly Farquhar Lewis Murphy Abbie Coulson Nick Davies Harvey Parker Kyran Williamson Michael Anderson Bethany Murray Sophie Hamilton Amy Wilkins Emma Simpson Liam Wales Jacob Bartram Alex Hooks Rebecca Miller Caitlin Miller Sean McCloskey Dominic Parker Abbey Sharpe Elena Larkin Rebecca Simpson Nick Dixon Abbie Farrelly Liam Grieves Casey Smith Liam Downing Ben Wignall Elizabeth Hann Danielle Walker Lauren Glen James Johnson Ben Ervine Kate Burton James Hudson Daniel Mayes Matthew Kitching Josh Bennett Evolution Dreams..



Tibe2Jam6Petang  

Friday, July 20, 2012

Cute: Bila Dua Orang Kembar Berbeza Warna Kulit Secara Genetik (3 Gambar)

No pedobear allowed here!

Kian yang berkulit gelap, rambut hitam dan anak mata berwarna coklat manakala Remee yang berkulit cerah, rambut blonde dan anak mata berwarna biru.

Sebenarnya dua budak perempuan comel ini adalah adik beradik kembar dan sudah tentulah mereka mewarisi keunikan ini daripada kedua ibu bapa mereka iaitu encik Remi Horder yang berkulit gelap dan puan Kylee Hodgson yang berkulit cerah.

Kian dilahirkan seminit lebih awal daripada Remee melalui kaedah caesarean section pada April 2005 dan kini mereka telah berusia tujuh tahun. Adakah mereka kembar seiras atau tidak? :>

Wednesday, July 18, 2012

Rare: Koleksi Gambar Manusia Pelik Daripada Abad Ke-19 (10 Gambar)

Klasik.

Mari lihat koleksi gambar manusia 'istimewa' daripada karnival aneh pada abad ke-19. Ianya ambil oleh seorang jurugambar bernama Charles Eisenmann. Individu-individu dalam gambar tersebut sebenarnya mengalami mutasi genetik dan juga disebabkan penyakit. Sebahagian daripada mereka menyertai karnival ini untuk menyara kehidupan.











Tibe2Jam6Petang

Monday, July 16, 2012

Apakah Sihir Ini? Jagung Dengan Biji Berwarna Warni (4 Gambar)

ini sangat rare.

Mari lihat sejenis jagung dinamakan Glass Gem corn (jagung Permata Kaca?). Benih jagung ini boleh dibeli dan didapati daripada syarikat Seed Trust, iaitu sebuah syarikat menjual benih tumbuhan milik keluarga Greg Schoen.

Pada mulanya, benih jagung ini diberikan kepada Greg Schoen oleh Carl Barnes, seorang lelaki Cherokee yang berusia 80 tahun. Kemudiannya beliau menanam benih jagung ini, dan hasilnya sangat mengejutkan!

Sebenarnya ini bukan sihir atau photoshop haha. Mungkin ini adalah benih jagung turun temurun dari puak Cherokee?. Mungkin.





Sunday, July 15, 2012

Rare: Awan Cendawan Gergasi Di Langit Beijing China (8 Gambar)

Amazing.

Kalau di Malaysia, orang ramai digemparkan dengan fenomena awan Arcus yang berlaku di Sabah tempoh hari, semunggu kemudian pula, di Beijing, China muncul pula awan yang boleh dikatakan mempunyai bentuk yang unik dan jarang berlaku.

Mari lihat kepulan awan berbentuk cendawan gergasi seperti hasil daripada letupan bom nucklear. Awan ini terbentuk dan dapat dilihat melalui langit Beijing pada waktu petang 14 Jun 2012 yang lalu. Ianya dipercayai adalah awan Cumulonimbus.

Mungkinkah ianya satu ujian teknologi China secara rahsia? I don,t know, therefore alien. Lulz.










Tibe2Jam6Petang

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More