Monday, December 24, 2012

Saya tak akan maafkan Siti Fazurina - Ibu Fazurina


Pelakon drama bersiri Trilogi Cinta, Siti Fazurina Mohd Famir hanya sempat memeluk ibunya selama beberapa saat sebelum ibunya itu ditarik ahli keluarganya yang lain meninggalkan sidang media dibuat pelakon berusia 30 tahun itu bagi menjelaskan kontroversi perkahwinannya, semalam.

Ibunya, Zubaidah Abu Bakar, 60, hadir pada sidang media itu bersama abang tiri Fazurina, Shahzuri Shaharudin, 36, serta adik-beradiknya yang lain, Mohd Fauzi Mohd Famir, 24, dan Mohd Firdaus Mohd Famir, 22. Bagaimanapun, mereka hanya berdiri berhampiran kumpulan media dan hanya mendengar sidang media tanpa berkata apa-apa.


Siti Fazurina kelihatan tersentak dan menangis apabila ibunya mengikut saudara-maranya yang lain selepas dia berkejar mendapatkan Zubaidah berhampiran tangga selepas ibunya bergegas meninggalkan sidang akhbarnya.

Bagaimanapun, dia hanya sempat memeluk ibunya selama beberapa saat sambil meminta ampun manakala Zubaidah didengar meluahkan kekesalannya dengan tindakan Siti Fazurina (berkahwin secara senyap) sebelum dia ditarik adik-beradiknya meninggalkan tempat itu.


Usaha Harian Metro untuk mendapatkan penjelasan Zubaidah mengenai perkahwinan anaknya itu gagal kerana dia enggan ditemu ramah media, termasuk ketika dihubungi melalui telefon, malam tadi. - Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More