Tuesday, December 25, 2012

Akibat Redah Banjir Dengan Motorsikal!



SETIU – Seorang lelaki berusia 27 tahun nyaris maut ketika cuba meredah banjir di sebatang jalan dengan menunggang motosikal jenis EX5 Honda di sini pagi ini.
Khairi Said dihanyutkan air deras semasa melintas sebatang jalan di Kampung Tasik untuk ke tempat kerjanya di Kampung Bari dekat sini.
Kejadian kira-kira pukul 9.36 pagi itu menyebabkan tukang rumah tersebut dibawa arus ke sebuah kawasan sawah padi berhampiran.
Dia bagaimanapun bernasib baik kerana sempat berpaut pada sebatang pokok sebelum diselamatkan oleh penduduk kampung yang kebetulan berada di tempat kejadian.
“Saya cuba lintas kerana ia laluan utama saya ke tempat kerja. Tetapi saya tergelincir dan motosikal terjatuh ke dalam air banjir.
“Tempat yang saya lalui ketika itu rupanya kawasan air arus deras dan saya tidak sempat berpatah balik,” cerita Khairi. – mynewshub.my
* Sekadar Gambar Hiasan

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More