Tuesday, August 31, 2010

Petua atau Ubat Demam Panas?

Ada tak di antara anda yang kena demam panas dalam bulan puasa ni? Jikalau ada, saya nak tambah satu lagi petua demam panas. Bahan yang anda perlukan ialah keman air. Ataupun mungkin ada sesetengah anda yang mengenalinya sebagai setangki. Nama saintifiknya ialah Neptunia Oleracea.Keman Air- andromeda.cavehill.uwi.eduSekarang, ikutilah petua di bawah bagi merawat demam panas tersebut;1. Ambil beberapa batang pokok keman air termasuk daunnya sekali....

Monday, August 30, 2010

Petua Kecutkan Rahim dengan Temu Mangga

Temu mangga atau temu pauh memang banyak kebaikannya untuk penjagaan kesihatan diri anda. Khasiat temu mangga yang akan dikongsikan ini terletak pada ubinya. Rasanya yang agak pedas sikit tapi sedap juga sesuai untuk dijadikan sebagai ulam.Malah menurut pengamal perubatan tradisional, apabila anda mengamalkannya sebagai ulam dalam menu seharian, ia baik untuk buang angin.Temu Mangga @ Temu Pauh - kizaherbs.comTapi seperti tajuk di atas, fokus kali...

Sunday, August 29, 2010

3 Khasiat Bunga Raya Putih

Bunga Raya memang tak asing lagi dengan anda, kan? Selain merupakan bunga kebangsaan, ia mempunyai pelbagai kebaikan terutamanya untuk penjagaan diri. Cuma kali ini, saya ingin fokuskan khasiat bunga raya putih.Jika anda masih ingat, saya pernah kongsikan salah satu khasiatnya tak lama dulu. Iaitu ia boleh digunakan untuk melegakan sakit mata. Anda boleh klik artikel yang bertajuk "Cara Melegakan Sakit Mata" sebagai rujukan ya. Selain sakit mata,...

Thursday, August 26, 2010

Khasiat Tambahan Daun Beluntas

Sebelum ini, anda telah pun didedahkan akan khasiat daun beluntas. Antaranya ia membantu menyegarkan bau nafas, menghilangkan bau badan serta baik untuk melegakan tekak.Kini, saya mahu kongsi khasiat tambahan daun beluntas. Mana tahu, ia mungkin berguna untuk anda, kan?Baiklah, khasiat tambahan yang saya maksudkan ialah ia boleh digunakan bagi menyembuhkan demam, luka, merawat kudis dan ulser.A. Menyembuhkan Demam1. Ambil beberapa helai daun beluntas...

Tuesday, August 24, 2010

Segarkan Bau Nafas dengan Daun Beluntas

Sepanjang bulan Ramadhan ni, anda yang berpuasa pasti mengalami masalah nafas berbau. Hal ini memang tak dapat dielakkan. Sebagai alternatif, terdapat satu amalan yang boleh anda cuba bagi menyegarkan nafas. Iaitu dengan memanfaatkan khasiat daun beluntas.Daun Beluntas - medicineisanart.comCaranya mudah saja. Iaitu anda amalkan memakan daun beluntas secara mentah. Atau dengan kata lain, jadikannya sebagai ulam-ulaman ketika berbuka mahupun bersahur....

Sunday, August 22, 2010

Cengkam Kuku?

Kebiasaannya, pemakaian inai sinonim dengan pasangan pengantin. Di sesetengah tempat, memang ada satu majlis yang dinamakan "Malam Berinai". Tapi, inai memang banyak khasiatnya dari sudut perubatan tradisional. Antaranya ialah merawat sakit kuku atau cengkam kuku. Ataupun ada juga yang sebut cagu.Cuba anda ikuti langkah berikut jika ingin merawat cengkam kuku;1. Ambil beberapa helai daun inai dan masukkan dalam lesung batu.2. Masukkan juga sedikit...

Saturday, August 21, 2010

Petua Mengatasi Masalah Senggugut

Semasa kedatangan haid, mungkin segelintir wanita akan berdepan dengan masalah senggugut. Akibatnya, ia membuatkan mereka berasa sakit. Jadi, adalah lebih baik sekiranya wanita yang sering mengalami senggugut mencuba petua di bawah ini.1. Memula, anda ambil 10 biji lada hitam.Lada Hitam2. Kemudian, tumbuk lada hitam tadi sampai lumat.3. Setelah lumat, campurkannya dengan secawan air kelapa muda.4. Seterusnya, anda kacaukan ia agar sebati dan minumlah...

Thursday, August 19, 2010

Khasiat Rizom Temu Lawak

Pada tulisan sebelum ini, anda dah tahu akan khasiat air rebusan batang dan rizom temu lawak, kan? Iaitu ia baik untuk mengatasi sembelit dan najis berdarah.Sebagai kesinambungan, saya ingin kongsikan pula secara ringkas tentang khasiat rizom temu lawak. Rizom temu lawak ni boleh dimakan secara mentah mahupun meminum air rebusannya.Jika anda memilih untuk memakannya secara mentah, ia memang baik dalam usaha mengekalkan tahap kesihatan serta membantu anda kekal awet muda.Sementara itu, amalan meminum air rebusan rizom temu lawak pula mampu mengurangkan demam panas dan rasa sengal-sengal.Tak lupa juga untuk para ibu yang baru lepas bersalin. Ada...

Tuesday, August 17, 2010

Petua Mengatasi Sembelit Dengan Temu Lawak

Masalah sembelit merupakan antara masalah popular yang menimpa kebanyakan anda ketika bulan puasa. Anda boleh merujuk kembali tulisan terdahulu di sini sebagai kenang-kenangan. Jadi sebelum ia melarat, ada baiknya anda merawatnya.Petua sembelit kali ini adalah dengan menggunakan batang dan rizom (ubi) muda temu lawak. Buat makluman anda, temu lawak ni nama saintifiknya ialah Curcuma Xanthorriza. Imej di bawah ini mungkin boleh menjelaskan serba sikit...

Tuesday, August 10, 2010

Penawar Mengubati Resdung

Resdung yang anda alami mungkin berpunca daripada hama dan kotoran yang disedut melalui pernafasan. Akibatnya, hidung akan gatal dan anda mudah bersin. Sebelum ini pun, saya pernah berkongsi petua mencegah resdung di sini.Kali ini, saya nak kongsikan pula petua mengubati resdung. Caranya begini;1. Masukkan air ke dalam hidung anda dengan cara menyedut.2. Lepas tu, picit sebelah bahagian hidung anda dan hembus dengan kuat.3. Buatlah langkah di atas...

Monday, August 9, 2010

Atasi Masalah Kencing Tak Lawas?

Sejak kebelakangan ini, ramai benar yang mencari petua kencing tak lawas di sini. Mungkin masih ramai yang mengalaminya dan belum jumpa jalan penyelesaian. Justeru itu, saya ambil kesempatan ini untuk berkongsi satu petua tradisional untuk melawaskan kencing.Bahan utama yang anda perlukan adalah rumput sambau. Nama saintifiknya ialah "Eleusine Indica". Di sisi penanam padi, ia dikenali sebagai rumput perosak. Namun bagi anda yang mengalami masalah...

Thursday, August 5, 2010

Tips Membersih dan Memutihkan Wajah

Memiliki kulit muka yang bersih dan cerah merupakan satu anugerah yang sungguh bermakna. Bagi yang dikurniakan kelebihan itu, anda tentu bersyukur, kan?Kulit Cerah - stumbleupon.comNamun begitu, bagi yang ingin mencerahkan atau memutihkan kulit muka, ada satu petua tradisional yang boleh dicuba. Bahan utama yang diperlukan adalah pucuk jambu batu yang masih muda.Pucuk Jambu Batu - ar-romli.netTanpa berlengah, apakata anda ikuti tips memutihkan wajah...

Kenapa Anda Perlu Berdiet? Sambungannya...

Ini adalah sambungan kepada entri bertajuk "Kenapa Anda Perlu Berdiet?". Tanpa berlengah, saya teruskan saja kesudahannya di bawah ini ya.4. Minum Air PutihSalah satu diet berkesan yang mudah adalah dengan meminum air putih secukupnya. Ia bertujuan menyeimbangkan kadar cecair dalam badan anda.Bagaimana nak tahu sama ada ia cukup atau tidak?Mudah aje. Sekiranya anda berasa haus, itu maknanya anda memang memerlukan air putih. :)5. Kacang SoyaMemilih...

Monday, August 2, 2010

Kenapa Anda Perlu Berdiet?

Tentu ramai di kalangan anda yang menyangka diet hanyalah untuk golongan yang ingin menurunkan berat badan saja. Tanggapan ini sebenarnya kurang tepat. Ini kerana diet yang betul bukan sekadar untuk kuruskan badan atau menurunkan berat badan.Tujuan berdiet sebenarnya lebih luas daripada itu. Diet seimbang penting bagi mengurangkan risiko anda dijangkiti pelbagai jenis penyakit. Antara penyakit yang dimaksudkan adalah barah, jantung, obesiti dan juga...

Page 1 of 220912345Next
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More