Wednesday, December 30, 2009

Lobak Putih Ubat Darah Tinggi

Sewaktu zaman kanak-kanak dulu, saya kurang gemar memakan sayur lobak putih ni. Mungkin kerana rasanya yang kurang menyelerakan kot. Tapi saya akur yang lobak putih atau Raphanus Sativus ni banyak khasiatnya. Antaranya baik untuk sistem penghadaman dan mengatasi masalah kencing tak lawas.Paling penting kat sini adalah ia juga baik untuk merawat darah tinggi. Saya akan kongsikan caranya seketika nanti. :)Lobak Putih (aphanus Sativus) - myfolia.comSelain...

Cara Mengatasi Keputihan Untuk Wanita

Khusus buat kaum wanita, saya nak kongsikan satu cara mengatasi keputihan. Kali ini, masalah keputihan anda tu boleh dirawat dengan menggunakan campuran beberapa ramuan. Iaitu daun inai, buah temu kunci dan tapak sulaiman.Sebelum mengetahui caranya, saya sertakan beberapa imej di bawah sebagai rujukan anda. :)Daun Inai (Lawsonia Inermis)Buah Temu Kunci (Boesenbergia Pandurata) - uni-graz.atTapak Sulaiman - Blackcat the beginner @ FlickrCara-cara...

Sunday, December 27, 2009

Atasi Masalah Bau Mulut dan Nafas Berbau

Bau mulut yang menyenangkan memberikan anda lebih keyakinan untuk berinteraksi dengan individu lain. Tapi, anda tahu tak cara untuk mengatasi masalah mulut berbau ataupun nafas berbau ni?Jika anda perasan, saya pernah menerbitkan artikel berkaitan masalah nafas berbau di sini dan masalah bau mulut kat sini. Anda boleh merujuk pada pautan yang diberikan tu sebagai maklumat tambahan yer.Pada edisi kali ini, petuanya berfungsi mengatasi kedua-dua masalah...

Saturday, December 26, 2009

Petua Merawat Kudis dan Bisul

Penyakit kudis dan bisul merupakan salah satu penyakit yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Bagi merawatnya, anda boleh menggunakan daun petai belalang. Nama saintifik petai belalang ni adalah Leucaena Leucocephala.Gambar Petai Belalang (Leucaena Leucocephala) - www.fao.orgSaiz biji petai belalang agak kecil sikit berbanding dengan petai biasa. Bila petai belalang ni dah tua, buahnya akan pecah. Itulah perbezaan ketaranya dengan petai...

Wednesday, December 23, 2009

2 Cara Menghilangkan Jerawat dan Melembutkan Kulit Muka

Pernah tak anda dengar mengenai sejenis tumbuhan yang diberi nama bayam duri? Ataupun sesetengah tempat menggelarkannya bayam hutan. Nama saintifiknya pula adalah Amaranthus Spinosus. Ia dikatakan mampu menghilangkan jerawat dan seterusnya melembutkan kulit muka anda.Saya pun baru tahu mengenai perkara ni. Malah, rupa bayam duri ni pun saya tak kenal. Tapi, saya telah menjumpai dua imej yang boleh dijadikan rujukan bersama seperti di bawah.Gambar...

Tuesday, December 22, 2009

Cara Menghaluskan Kulit Wajah

Khusus buat anda yang menitikberatkan aspek kecantikan wajah, ada satu petua untuk menghaluskan serta melicinkan kulit muka. Caranya pun taklah sesukar mana. Kos untuk mengamalkan petua ni pun agak rendah. Ini kerana bahan-bahan yang diperlukan hanyalah;~ Segenggam daun bayamGambar daun bayam - TheDailyGreen.com~ Sebiji kuning telur~ Sedikit madu~ Sedikit air mawarCara untuk menghaluskan kulit anda dengan menggunakan daun bayam ni adalah;1. Ambil...

Monday, December 21, 2009

Petua Mencantikkan Bibir Anda

Adakah anda sedang mengalami masalah bibir kering ataupun bibir pecah? Jika tidak, adakah anda risaukan bibir anda hitam akibat daripada kesan merokok mahupun penggunaan gincu bibir yang kurang sesuai?Seandainya anda berdepan dengan salah satu masalah di atas, usah cemas. Saya cuba mengetengahkan satu petua ringkas untuk anda atasinya. Hanya satu bahan utama yang anda perlukan iaitu mentega.Gambar Mentega (butter) - EHow.comCaranya begini;1. Ambil...

Friday, December 18, 2009

3 Surah Amalan Pada Waktu Malam

Sempena menyambut Tahun Baru 1431 Hijrah, saya tujukan tulisan ini khusus buat anda yang beragama Islam. Iaitu berkenaan 3 surah yang digalakkan oleh Rasulullah SAW agar anda membacanya setiap malam. Surah yang dimaksudkan adalah Surah Yasin, Surah Al Mulk dan juga Surah Al Waqiah.Dapatkan Mesej Bergambar di SiniIni kerana, ketiga-tiga surah ini mengandungi ayat-ayat yang mengajak manusia menginsafi akan keagungan Allah dan segala ciptaan-Nya di...

Wednesday, December 16, 2009

Satu Lagi Petua Awet Muda

Keinginan semulajadi untuk kelihatan awet muda bukan hanya diidamkan oleh golongan wanita saja. Malah, lelaki juga turut tak terkecuali, kan? Justeru itu, saya nak tampilkan satu lagi petua untuk kelihatan awet muda serta mengekalkan keadaan itu.Petua awet muda ni ringkas dan mudah aje. Tetapi anda mesti janji pada diri sendiri akan mengamalkannya setiap hari tanpa jemu. Ini kerana, kalau setakat kejap makan dan kejap berhenti hasilnya pasti mengecewakan...

Monday, December 14, 2009

Petua Mengatasi Masalah Keputihan

Masalah keputihan tentu sekali berkait rapat dengan kaum wanita. Mereka pastinya lebih arif bagaimana keadaan seseorang ketika mengalami keputihan nie, kan? Mengikut apa yang saya baca, keputihan adalah lembapan faraj yang dirembes secara berlebihan oleh badan.Justeru itu, jikalau tahap keputihan anda amat membimbangkan, ikutilah 2 petua di bawah sebagai jalan penyelesaian.Sebelum itu, bahan-bahan yang anda perlukan ialah daun tenggek burung dan...

Saturday, December 5, 2009

Daun Mengkudu Menghilangkan Jerawat Batu?

Anda yang mengalami masalah jerawat batu tentunya tengah risau sekarang ni, kan? Sebab saya dapati ramai benar yang inginkan petua menghilangkan jerawat batu. Malah kalau anda nak merawat jerawat biasa pun boleh. Takde masalah. Kali ni bahan utama yang anda perlukan adalah daun mengkudu. Tapi anda perlu pilih bahagian pucuknya yer.Gambar daun mengkudu - adeanto.comAnda boleh ikuti langkah-langkah berikut:1. Anda ambil segenggam pucuk mengkudu dan...

Sunday, November 22, 2009

Elakkan Minum Air Pada 7 Waktu Ini

Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa plak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.Minum air - allthelook.org7 waktu yang saya maksudkan tu adalah:1. Sebaik saja bangun tidur.Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.2....

Daun Selasih Ubat Gastrik?

Gastrik merupakan rasa sakit atau kurang selesa yang dialami oleh perut. Malah, rasa sakit ini boleh jadi semakin teruk sekiranya perut anda kosong ataupun selepas anda makan. Namun, ada kalanya rasa sakit ni tiada sebarang kaitan dengan makanan yang anda ambil.Begitulah serba sedikit info mengenai gastrik. Cuma di sini saya lebih berminat untuk mendedahkan satu ubat gastrik. Iaitu dengan memanfaatkan keistimewaan semulajadi daun selasih.Gambar daun...

Wednesday, November 18, 2009

2 Petua Mengubati Sakit Kepala

Kadang-kadang, anda akan mengalami gejala sakit kepala. Mungkin disebabkan oleh faktor tertentu. Kalau anda ingin tahu apakah antara punca sakit kepala ni, sila rujuk post terdahulu bertajuk 7 Punca Sakit Kepala di sini. Kali ini, saya akan berkongsi 2 petua mengubati sakit kepala pula.Petua 1:Anda amalkan meminum 1 sudu teh sama ada;- cuka nipah, ATAU- cuka biasa, ATAU- air asam jawa, ATAU- air limau nipisapabila mengalami sakit kepala.Petua 2:1....

Monday, November 16, 2009

Kemunting Cina Boleh Mengubati Penyakit Leukemia

Penyakit Leukemia atau barah barah merupakan sejenis penyakit kronik yang disebabkan oleh leukosit yang berkembang biak dan meresap ke dalam sumsum tulang, limpa dan lain-lain. Leukosit ni juga akan membinasakan alat-alat tubuh yang membentuk darah.Manakala leukosit pula adalah sel darah putih yang berfungsi melawan kuman yang masuk ke dalam tubuh. Begitulah serba sedikit maklumat yang saya dapat menerusi Kamus Dewan edisi keempat.Pokok kemunting...

Saturday, November 14, 2009

Cara Mudah Buang Tahi Lalat Hidup

Mungkin ada di antara anda yang nak sangat buang tahi lalat hidup. Kebetulan, saya baru mendapat satu petua untuk buang tahi lalat anda tu. Lebih bagus lagi, ia bukan setakat boleh buang tahi lalat aje. Malah, boleh digunakan untuk buang kutil (atau mata ikan di kaki) serta merawat tumit kaki yang pecah-pecah.Bahan yang anda perlukan hanyalah getah daun kemboja dan kapas. Di bawah ni ada satu imej pokok bunga kemboja yang saya jumpa di Flickr milik...

Thursday, November 12, 2009

Cara Minum Air untuk Kesihatan Tubuh Badan

Sepanjang hari, anda memang perlu minum air untuk keperluan tubuh. Biasanya, minum dalam lingkungan 6 hingga 8 gelas air masak dah memadai. Tapi, anda haruslah sesuaikan juga dengan cara hidup anda gak. Kan lain orang, lain cara hidup dan rutin hariannya. Tak gitu?Air Mineral - ehow.comSebenarnya, terdapat 3 cara minum air yang mampu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan? Kalau selama nie anda main minum je, cubalah praktikkan amalan berikut:1....

8 Punca Penyakit Melanda Tubuh Badan Anda

Tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa perkara yang boleh mendatangkan penyakit kepada tubuh? Sama ada suka atau tak, sebaiknya anda elakkanlah 8 perkara di bawah bagi memastikan kesihatan tubuh badan anda kekal terpelihara.1. Tak cukup tidur di waktu malam. Lebih-lebih lagi jika anda sering tidur lewat.Gambar hiasan bayi tengah tidur - phitar @ Flickr2. Banyak tidur ketika siang hari.3. Makan sehingga kenyang yang melampau. Sebaiknya anda makanlah...

Tuesday, November 10, 2009

4 Petua Banyakkan Air Susu Ibu Lepas Bersalin

Oleh sebab ramai di antara anda yang mencari petua menambah air susu, saya nak kongsilah 4 petua banyakkan air susu. Ianya sesuai serta selamat diamalkan oleh para ibu selepas bersalin. Sebelum ini, saya ada sentuh sikit mengenainya, tapi tak berapa mendalam lah. Anda boleh rujuk artikel bertajuk Khasiat Daun Selasih dalam Merawat Penyakit.Untuk petua kali ini, terdapat beberapa bahan lain yang boleh anda gunakan selain daun selasih. Antaranya ialah...

Sunday, November 8, 2009

Petua Merawat Penyakit Hepatitis B

Menurut Kementerian Kesihatan, penyakit Hepatitis B merupakan penyakit hati terbanyak yang direkodkan di Malaysia. Ia berpunca daripada serangan sejenis kuman (virus Hepatitis B) ke atas hati.Penyakit ini boleh merebak melalui cecair dalam tubuh seperti darah, air mani, susu ibu dan cecair faraj. Oleh itu, bayi yang baru lahir paling berisiko tinggi menghidapinya. Terutamanya jika si ibu tu merupakan pesakit atau pembawa Hepatitis B.Namun begitu,...

Saturday, November 7, 2009

6 Tip Elakkan Badan Lesu Ketika Bangun Tidur

Pernah tak anda rasa letih atau macam tak larat tul nak bangun dari katil? Ntah la, badan ni lesu semacam aje. Haha... bila berdepan situasi sebegini, pastinya melemahkan semangat anda untuk memulakan hari baru.Kalau hari cuti dan anda tak bercadang nak ke mana-mana, mungkin ianya bukan satu masalah. Tapi, kalau hari biasa dan anda ada banyak kerja yang nak diselesaikan, ianya memang masalah besar. Fuhh... ini tak boleh jadi nih.Bagi mengatasi masalah...

Petua Menghilangkan Bulu Ketiak

Masalah ketiak berbulu mungkin lebih merisaukan kaum wanita berbanding lelaki. Rasa malu dan kurang selesa pastinya menghantui anda, kan? Lebih-lebih lagi kalau hal ini sering menjadi usikan atau bahan mainan rakan-rakan lain.Justeru itu, di sini ada satu petua untuk menghilangkan bulu ketiak. Bahan-bahan utama yang anda perlukan adalah;- 10 biji lada sulah- 3 butir kapur barus- 1 sudu minyak tanahOhh yea, bagi yang kurang pasti bagaimana rupa kapur...

Saturday, October 31, 2009

"3+1" Rawatan Mengatasi Penyakit Jantung

Sebagai kesinambungan artikel lepas, tibalah masanya anda mengetahui rawatan mengatasi penyakit jantung. Ada 3 rawatan berkaitan yang bakal anda ketahui hari ini. Tapi kalau anda perasan, terdapat satu petua mengurangkan risiko penyakit jantung yang pernah saya siarkan di SINI. Lihat kat point no.9 yer.Cara Pertama:1. Ambil sebutir buah pala dan bersihkannya.Gambar buah pala - Wikipedia2. Parut buah pala tu dan masukkan ke dalam gelas atau mug.3....

Friday, October 30, 2009

8 Aktiviti Biasa Punca Penyakit Jantung

Gangguan kitaran darah ke atas jantung boleh menyebabkan kematian sel jantung itu sendiri. Proses inilah yang menyebabkan berlakunya sakit jantung. Manakala penyakit jantung koronari yang berterusan juga boleh mengakibatkan sakit jantung.Apa pula penyakit jantung koronari ni?Menurut Wikipedia, ia merupakan kekurangan bekalan oksigen kepada otot jantung. Kesannya, anda akan mengalami sakit dada yang teruk dan ketidakselesaan yang dipanggil angina.Begitulah...

Thursday, October 22, 2009

Cara Ringkas Menghentikan Pendarahan

Sekiranya anda mengalami pendarahan hidung ataupun pendarahan akibat luka, terdapat satu cara tradisional untuk menghentikannya. Iaitu dengan menggunakan daun ubi keledek (ubi stela) daun lalang muda.Sekiranya anda belum mengenali ubi keledek, saya telah "google" dan menjumpai gambarnya seperti di bawah.Ubi keledek aka ubi stela - WikipediaBaiklah, sekarang anda tentu ingin mengetahui cara menghentikan pendarahan menggunakan bahan yang telah dinyatakan...

Saturday, October 17, 2009

Tips Menjaga Suara Anda

Salah satu aset berharga anda ialah suara. Suara membolehkan anda berkomunikasi dengan pasangan, rakan taulan atau sesiapa saja. Melalui suara jugalah anda boleh terpikat atau terpesona pada seseorang, kan? Jadi, memang tak rugilah kalau anda berusaha menjaga suara dari sekarang.Terdapat satu tips berkenaan menjaga suara yang ingin saya tampilkan untuk anda. Caranya adalah;1. Ambil sebiji limau nipis dalah belah 2 atau 4 supaya ia lebih mudah untuk...

Pelbagai Artikel

ARTIKEL001. Keutamaan Sahabat Rasulullah saw002. Kesan Hadis Daif dan Palsu003. As-Sunnah, Wahyu Kedua Setelah Al-Qur`an004. Kalimah Tauhid005. Tipu Daya Iblis Zaman Ini006. Merenung Ciptaan Allah yang Maha Agung (Bahagian 1)-Iktibar Dari Penciptaan Atom007. Tujuan Menuntut Ilmu008. Mengapa Saya Mencintai Islam?009. Merenung Ciptaan Allah yang Maha Agung (Bahagian 2)-Iktibar Dari Penciptaan Manusia010. Muhkam dan Mutasyabih011. Merenung Ciptaan Allah yang Maha Agung (Bahagian 3)- Iktibar Dari Penciptaan Masa (Pengurusan Masa – Hanya Empat Golongan yang Mampu Mengurusnya)012. Enam Golongan yang Sukar Menerima Dakwah013. Mengenali Kesesatan – Syirik...

Thursday, October 15, 2009

Hilangkan Mual Akibat Memakan Udang atau Ketam

Mungkin ada di antara anda yang pernah rasa mual atau pening setelah memakan udang ataupun ketam. Tak kiralah walau apa jua jenis masakannya. Keadaan ni tentunya membuatkan anda kurang selesa dan tak tentu arah dibuatnya.Tapi tak mengapa. Saya ada satu petua untuk anda. Bahan utama yang anda perlukan adalah halia dan minyak tanah. Kemudian, anda ikuti langkah seterusnya di bawah.Gambar halia - Wikipedia1. Sediakan halia secukupnya. Kupas dan cuci...

Monday, October 12, 2009

Merawat Luka dengan Daun Kacang Kelo

Penggunaan kacang kelo mungkin lebih sinonim dengan kaum India. Pemilik nama saintifik Moringa Oleifera ni sedap jika dimasak kari dal. Daunnya baik untuk merawat luka kerana mempunyai aktiviti "inflammatory". Malah ia juga boleh digunakan sebagai ubat tenaga batin.Sebelum saya bercerita panjang lebar, berikut adalah rupa kacang kelo yang saya sebutkan tadi.Kacang kelo - WikipediaManakala berikut adalah rupa daun kacang kelo. Inilah bahan utama yang...

Sunday, October 11, 2009

Daun Gelenggang Ubati Penyakit Kulit

Penyakit kulit seperti panau, kurap dan kudis buta merupakan perkara yang semestinya ingin anda jauhi, kan? Dijangkiti penyakit kulit tersebut membuatkan anda tak selesa dek kerana beberapa sebab. Antaranya kerana bau yang kurang menyenangkan, gatal-gatal serta malu jika diketahui orang lain.Bagi mengubati panau, kurap serta kudis buta, anda bolehlah menggunakan khasiat yang dimiliki daun gelenggang. Anda boleh juga mengenalinya melalui nama saintifik...

Buah Mengkudu Baik Untuk Kesuburan Lelaki?

Khasiat mengkudu (Morinda Citrifolia) teramatlah banyak sama ada untuk lelaki mahupun wanita. Betul, buahnya memang baik untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Walaupun anda sebenarnya boleh gunakan kedua-duanya sekali iaitu daun dan juga buah mengkudu untuk tujuan kesihatan.Pokok mengkudu - WikipediaNamun begitu, hasil penyelidikan yang dilakukan oleh pihak MARDI mendapati buah mengkudu lebih baik untuk dijadikan sebagai bahan perubatan herba....

Tuesday, October 6, 2009

2 Petua Hilangkan Selsema

Penyakit selsema yang dialami membuatkan anda kurang selesa dan tak senang duduk. Langkah awal yang perlu dilakukan supaya selsema anda tak melarat adalah banyakkan meminum air kosong. Kurangkan juga pengambilan makanan berminyak serta makanlah makanan yang mudah dicerna.Selepas itu, ia boleh disusuli dengan dua petua hilangkan selsema di bawah. Masing-masing adalah kaedah rawatan selsema untuk orang dewasa dan juga bayi (atau anak anda).Bagi anda...

Page 1 of 220912345Next
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More