Wednesday, January 19, 2011

Kenapa Anda Perlu Minum Susu?

Bukan hanya bayi saja yang patut minum susu. Golongan dewasa pun sama. Baik lelaki juga wanita. Amalan meminum susu boleh mencegah masalah reput tulang (osteoporosis).

Ibu yang sedang hamil dan sedang menyusukan bayi, pengambilan susu amatlah penting. Ini bagi mengimbangi kandungan kalsium dalam tubuh yang turut diserap oleh bayi anda.


Khasiat Minum Susu

Khasiat Susu - Becky Luigart-Stayner



Umumnya, itulah sebab musabab anda perlukan susu. Tapi tahukah anda akan khasiat susu yang lain?

Aha... mesti ada yang tak tahu, kan? Tidak mengapa. Kalau tak tahu, anda cuma perlu ambil tahu saja info di bawah. Hehehe...



1. Bina tulang


Jika anda meminum secawan susu setiap hari, ia membekalkan 30% daripada keperluan harian kalsium. Kalsium yang mencukupi penting dalam membina serta memelihara kekuatan tulang dan gigi anda.

Seperti yang selalu diwar-warkan, kalsium penting untuk pembentukan tulang kanak-kanak dan remaja. Bagi golongan dewasa pula, ia membantu meningkatkan jisim tulang yang semakin berkurangan apabila usia anda semakin tua (jangan marah eaa).

Kalau anda tak suka minum susu, anda perlu memakan 7 cawan brokoli mentah sebagai ganti.

Brokoli Mentah

Brokoli mentah - ifood.tv



Pssst... ramai yang tak makan sayur kat sini, kan?



2. Menguatkan otot


Secawan susu lagi membekalkan 16% protein yang diperlukan setiap hari untuk membina serta memperbaiki jaringan otot.

Menurut kajian syarikat pengeluar susu, susu coklat berkhasiat untuk memulihkan tenaga setiap atlit. Sebab susu coklat lengkap dengan protein dan karbohidrat yang diperlukan tubuh untuk memulihkan tenaga selepas penat bersukan.

Susu Coklat

Susu coklat - In Our Nature@flickr.com





3. Pembekal utama vitamin D


Antara fungsi vitamin D kepada tubuh anda ialah;

~ menyerap kalsium

~ memperbaiki sistem kekebalan

~ memelihara tahap tekanan darah

~ mengurangkan risiko dijangkiti beberapa jenis barah

~ mengurangkan risiko diabetes

Ada kajian terbaru mendapati bahawa susu membekalkan hampir 43% vitamin D yang biasanya diperolehi daripada makanan harian.



4. Mengekalkan berat badan


Sebab yang terakhir ni pasti ramai yang suka. Kajian mendapati pengambilan susu rendah lemak mampu membuatkan anda berasa kenyang. Ini disebabkan oleh kandungan protein yang ada padanya.

Sekiranya anda nak elakkan rasa lapar pada waktu malam, minumlah segelas susu rendah lemak. Di mana kandungan lemaknya kira-kira 8 gram/gelas.



Saya harap anda mula sedar akan kepentingan meminum susu dalam diet seharian. Saya pun sebenarnya kurang gemar minum susu. Tapi bila dah tahu kebaikannya, perlulah belajar untuk sukakannya. Tak rugi pun, sebab ia memang terbukti berkhasiat. =D

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More