Thursday, December 23, 2010

2 Petua Hilangkan Jerawat Belakang Badan

Masalah jerawat sebenarnya bukan hanya tertumpu pada muka saja. Ada sesetengah individu turut ditumbuhi jerawat pada belakang badan. Ada yang mengatakan ia berpunca daripada bakteria akibat suka tidur semasa badan berpeluh.


Mungkin ada sebahagian kita, lepas balik kerja atau bersukan suka baring dulu atas karpet, tikar mahupun sofa untuk menghilangkan penat. Tapi kekadang belum sempat mandi dah terlelap. Itu yang belakang badan mudah naik jerawat.

Ada juga yang cakap kalau basuh baju, elakkan guna sabun yang berlebihan. Sama ada betul atau tidak, saya pun kurang pasti.



Walau apa jua puncanya, saya pasti anda lebih berminat nak tahu petua untuk hilangkan jerawat belakang badan ni, kan?

Buat sementara ni, ada 2 petua yang boleh saya kongsi dengan anda iaitu;


1. Scrub Buah-buahan


Anda boleh gunakan scrub daripada ekstrak buah-buahan seperti betik, nanas ataupun kiwi.


Scrub Kiwi - Emmy Gabriel@Flickr.com



Cuma anda perlulah minta bantuan daripada ahli keluarga untuk menyapukan scrub tu pada keseluruhan belakang badan anda. Lakukan cara ini beberapa kali seminggu dan teruskan sampai 3 bulan.

Alternatif lain, anda boleh buat rawatan scrub di pusat kecantikan ataupun spa yang berdekatan.



2. Kacang Hijau


~ Memula, ambil segenggam dua kacang hijau.

~ Kisar kacang hijau tersebut sampai halus.

~ Tapiskan kacang hijau yang telah dikisar halus tadi ke dalam sebuah bekas.

~ Kemudian, tambahkan sedikit air.

Pastikan campuran ini tak terlalu cair ataupun terlalu pekat ya.

~ Akhir sekali, sapukan campuran ini pada bahagian belakang badan anda.

Mintalah bantuan seseorang sama ada di kalangan ahli keluarga mahupun rakan serumah ya.

~ Biarkan sampai kering dan cuci dengan air suam atau air biasa.

Sebaik-baiknya anda buat setiap hari sebelum mandi sehinggalah berpuashati dengan hasil yang diperolehi.


Selamat Mencuba!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More