Sunday, December 12, 2010

Cara Mengatasi Kurang Darah

Baru-baru ini, saya mengalami masalah kurang darah. Nak bangun pun tak larat. Kalau duduk pun, hanya sekejap. Lepas itu, terpaksa baring semula. Pada mulanya, saya memang tak tahu langsung apa puncanya. Hanya Tuhan yang mengetahui perasaan saya tika itu.

Beberapa hari kemudian, saya dibawa berjumpa dengan seorang pengamal perubatan tradisional. Dipendekkan cerita, beliau pun memaklumkan yang saya ni ada masalah kurang darah.


Selepas bersembang panjang, berikut adalah beberapa nasihat beliau kepada saya untuk mengatasi masalah kurang darah ni;



1. Amalkan memakan sup kambing setiap hari


Sup Kambing Chef Wan - blogresepi.com




Tapi saya ni memang tak makan kambing. Jadi, beliau pun suruh saya hirup kuahnya saja. Sebab yang penting ialah kandungan rempah sup itu sendiri. Kalau nak hirup kuah sup ayam, lembu dll pun boleh. Janji sup.

Kemudian, tambahkan dengan bawang goreng. Sebaik-baiknya ialah bawang goreng yang dibuat sendiri tau.



2. Elakkan makanan dan minuman yang sejuk


Keduanya, elakkan daripada memakan makanan yang telah sejuk. Sebaik-baiknya dipanaskan dahulu sebelum makan.

Begitu juga dengan air. Elakkan meminum air sejuk dan berais. Minuman bergas atau air berkabonat pun sama.

Minumlah minuman panas seperti air limau kasturi ataupun limau nipis. Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang gemar bersukan. Air limau ni amat baik dijadikan minuman harian dan penambah tenaga katanya.



3. Urut tapak kaki


Bagi melancarkan perjalanan darah, urutlah bahagian kaki dan tapak kaki anda setiap hari. Cukup sekadar beberapa minit sehari.

Katanya, bahagian kaki ni perlu diurut dan disentuh setiap hari.


Alhamdulillah, selepas beberapa hari keadaan saya makin sihat dan kembali normal.


Begitulah beberapa cara mengatasi masalah kurang darah yang perlu diamalkan. Sekiranya ada tambahan, akan ditambah kemudian ya. Ataupun jika anda ingin berkongsi petua@pengalaman, saya amat mengalu-alukannya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More