Tuesday, May 15, 2012

Sumpah Terharu - Selamat hari guru



Yang Berusaha Pengetua Facebook, Mark Zuckerberg, Penolong-penolong Kanan Pentadbiran Facebook,Wakil-wakil Pegawai Pelajaran Negara Malaysia,Wakil Pejabat Daerah dan JKK kampung, Ketua-ketua Kampung,guru-guru bersara,guru-guru belum bersara,ustaz-ustaz,ustazah-ustazah,tok guru- tok guru dan tidak lupa juga kepada Ibu bapa-ibu bapa warga Facebook dan para ahli-ahli Facebook yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang sudi berada ditalian pada malam ini,khususnya kepada para ahli-ahli facebook yang sudi meluangkan masa membaca teks ucapan saya ini. 

Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru yang berjaya memartabatkan profesion peguruan sehingga mampu membantu kerajaan melahirkan modal insan yang berkualiti serta berjiwa patriotik dalam merencana keamanan.Sejak merdeka dan bermula daripada Akta Pendidikan 1961 sehingga Akta Pendidikan 1996, asas perpaduan atau integrasi menjadi dasar dalam pendidikan negara. Realiti sosio-ekonomi-politik antara kaum menyebabkan isu integrasi sering berbangkit. 

Memperkasa sekolah kebangsaan, mengizinkan sekolah jenis kebangsaan wujud merupakan gambaran toleransi dalam memberi ruang dan pilihan kepada murid dalam kalangan semua kaum untuk belajar. Pendekatan sekolah wawasan, sekolah bestari dan sekolah satu sesi merupakan usaha terancang oleh kerajaan supaya asas integrasi dapat diperkukuh.Tuntutan zaman yang berubah memerlukan perubahan dari segi ilmu dan kemahiran. Oleh hal yang demikian, saya menyeru ibu bapa merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan.

Akhir kata kepada semua pihak yang terlibat menjayakan laman sosial ini saya ucapkan terima kasih, kerana sesungguhnya ramai rakan dapat tambah melalui laman sosial seperti ini.Marilah kita sama mengucapkan "TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK YEE CIKGU SEMUA....". Sekian terima kasih.

Sumber : fB

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More