Wednesday, April 10, 2013

SERIUS - KFC AKAN MENAWARKAN HANYA AYAM GORENG TANPA TULANG DALAM MASA 5 TAHUN

Goodbye drumstick!

Mulai 14 April akan datang Kentucky Fried Chicken akan mula menjual ayam goreng mereka tanpa tulang di Amerika Syarikat. KFC Bonelessialah percubaan mereka untuk melihat sama ada menu ayam tanpa tulang bolehmenggantikan menu ayam yang sedia ada. Menurut KFC sejak menawarkan Double Down dan Chicken Strips beberapa tahun yang lalu, mereka mendapati jualan ayam tanpa tulang mereka mendapat sambutan yang hangat dari pengguna. Dalam beberapa survey yang dijalankan KFC juga mendapati pelanggan muda lebih menggemari ayam tanpa tulang kerana ianya lebih mudah dimakan. Oleh itu KFC merancang untuk hanya menjual ayam tanpa tulang secara berperingkat dalam tempohlima tahun.

Persoalannya sekarang adakah anda bersetuju dengan rancangan KFC ini? Mana lebih best? Ayam tradisional ataupun ayam tanpa tulang? Kami merasakan ayam tanpa tulang memang lebih mudah dimakan tetapi keenjoicesan lebih tinggi jika makan ayam dengan tulang. Keputusan terletak di tangan golongan muda. Kerana malas sangat nak makan ayan denan tulang semua orang akan mengucapkan selamat tinggi kepada peha ayam dan sayap KFC.


Laporan asal Eater


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More