Tuesday, June 26, 2012

4 Jenis Hukum Untuk Berkahwin


Perkahwinan dalam Islam telah disyariatkan oleh Al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulamak.

Firman Allah S.W.T. : "Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di kalangan kamu dan orang-orang yang soleh daripada kalangan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan)." -Surah An-Nur Ayat 32.

1. Difardhukan
Apabila YAKIN akan terhindar daripada kancah penzinaan dan menyucikan maruah dan diri daripada melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama Islam.

2. Diharamkan
Apabila individu itu YAKIN bahawasanya ia akan berlaku ZALIM terhadap pasangannya dengan melakukan KEKERASAN, KEZALIMAN, KETIDAKADILAN dan akan mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dalam menyediakan keperluan asas rumah tangga serta nafkah zahir dan batin.

3. Dimakruhkan
Apabila BIMBANG tidak dapat berlaku ADIL terhadap isterinya kerana UZUR (penyakit) atau usia yang LANJUT atau memiliki sifat-sifat BURUK yang di luar kawalan dirinya sendiri.

4. Disunatkan
Jumhur Ulamak berpendapat bahawa dianggap sunat berkahwin JIKA merasakan diri itu tiada kebimbangan akan berlakunya zina walaupun diri itu sempurna atau untuk menuntut ilmu.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More