Friday, June 29, 2012

Manfaat Di Sebalik Perkahwinan

Firman Allah S.W.T. :

"Di antara tanda-tanda kekuasaan Allah S.W.T. ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu lebih cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih-sayang itu."

Manfaat di Sebalik Perkahwinan

1. Berkahwin boleh mengelakkan maksiat seperti zina daripada berleluasa.

2. Berkahwin menjadikan pasangan itu matang dalam bertindak.

3. Berkahwin menimbulkan rasa tanggungjawab pada pasangan.

4. Berkahwin menarik banyak rezeki.

5. Berkahwin meramaikan umat manusia, kerana Nabi S.A.W. berbangga dengannya.

6. Berkahwin sebagai salah satu cara membaiki diri.Mengurangkan tekanan perasaan.

7. Mengurangkan risiko sakit jantung.

8. Mengurangkan penyakit tekanan darah.

9. Mengurangkan risiko nyanyuk.

10. Mengurangkan risiko tabiat luar.

11. Mengurangkan risiko kemurungan.

Selain itu, berkahwin di usia yang muda juga adalah digalakkan oleh agama Islam. Ada banyak kelebihan berkahwin di usia muda. Antara yang anda perlu tahu adalah :



1. Kahwin di usia muda memberikan ketenangan jiwa dan tidak akan lagi kesunyian.

2. Kahwin di usia muda, menjadikan ibadah kita lebih berkualiti, penuh khusyuk. Yalah, tiada lagi masalah nafsu dan ketidaktenangan terhadap pasangan yang belum pasti.

3. Kahwin di usia muda, menjadikan mereka lebih fokus terhadap tanggungjawab termasuk terhadap pencarian ilmu. Masa semakin banyak perlu digunakan dan tiada lagi masalah nak melakukan perkara sia-sia seperti bermain game siang malam, bersembang hingga larut malam dan membaca komik berjam-jam tanpa hulu tuju yang kadang-kadang tak kelihatan matang dan membazir masa jika keterlaluan. :) 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More