Saturday, June 23, 2012

Cara Untuk Mengetahui Kejahatan Diri Sendiri

Ramai manusia yang mengakui bahawa mereka adalah yang terbaik dengan menunjukkan sikap-sikap terpuji di dalam diri mereka.Tapi tahukah anda,bahawa setiap manusia mempunyai sifat tercela yang mereka langsung tidak perasan akan kehadiran sifat itu.




Bagaimana hendak kita mengenal kecelaan diri sendiri?

Di sini ketahuilah bahawa allah SWT apabila berkehendak kebaikan pada hamba-hambanya,nescaya diperlihatkannya kekurangan dan kecelaan diri hambanya,iaitu manusia.Siapa yang penglihatan mata hatinya tembus,nescaya tidak tesembunyi segala kecelaan pada dirinya.Maka apabila ia mengetahui kekurangan dan kecelaannya nescaya mudahlah baginya mengubat kecelaan-kecelaan penyakit-penyakit hati.

Akan tetapi kebanyakan manusia jarang sekali dapat melihat kecelaan dan keaiban dirinya sendiri malah kecelaan dan keaiban yang ada pada orang lain itu baginya adalah lebih terang dan nyata.Kalau begitu amatlah sukar untuknya mengubat dan membaiki kecelaan yang melekat pada dirinya.Maka kerana itu Imam Al Ghazali menunjukkan jalan-jalan bagaimana dapat mengenal kecelaan dan keaiban diri iaitu dengan empat cara.

1) BERGURU DENGAN GURU YANG MURSYID

2) BERTEMAN SAHABAT YANG SOLEH

3) MENDENGAR KATA MUSUH

4) BERGAUL DENGAN MASYARAKAT


Marilah kita sama-sama mengenal sifat-sifat kejahatan yang wujud dalam diri kita sendiri.Jangan lupa berkongsi info ni ye.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More