Wednesday, June 20, 2012

Hukum Meninggalkan Solat Ketika Haid


Soalan

SAYA keliru dan memerlukan penerangan Datuk mengenai qada solat. Bagaimanakah caranya untuk qada solat lima waktu yang tertinggal sewaktu datang haid bagi tempoh tujuh hingga lapan hari ?

Adakah perlu diqadakan sekali saja atau mengikut jumlah hari yang tertinggal? Bilakah waktu yang sesuai untuk melakukannya?

KAY
Johor Bahru


Jawapan

Qada solat ialah melakukan solat di luar waktu kerana tertinggal solat berkenaan pada waktu ditetapkan. Wanita yang datang haid haram bersolat. Dia tidak perlu mengqada solat yang ditinggalkan ketika haid.

Ini adalah rahmat daripada Allah dan keringanan kepada wanita. Bagaimanapun saudari wajib mengqada puasa jika haid dalam bulan Ramadan.

Islam Itu Suci

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More