Thursday, June 28, 2012

Kegunaan Pandan Dalam Makanan



1. Bagi tujuan kegunaan sebagai perasa dan pewarna, daun pandan akan diekstrakkan sebelum digunakan. Ekstrak tersebut akan digunakan dalam pembuatan roti, kek, biskut dan kuih muih tradisional seperti kuih tepung talam, ketayap (kuih gulung), cendol, seri muka, buah melaka, bingka/bengkang (utara) serta minuman. Maka tidak hairanlah terdapat pelbagai syarikat yang menggunakan ekstrak perasa makanan pandan ini dalam produk keluaran mereka.



2. Daunnya yang dilayur, boleh digunakan untuk membuat ketupat, kuih tako atau boleh digunakan sebagai pembalut/pembungkus ayam untuk dibakar/panggang, resepi yang agak terkenal ialah 'pandan chicken'.



3. Daunnya boleh digunakan dalam bubur/pengat/serawa, nasi lemak, nasi ayam, sirap untuk menambahkan aroma yang wangi dan menyelerakan dalam masakan.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More