Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tiada kan?. Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!
Bayangkan sekiranya korang berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal korang itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu korang mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan?
Ini satu informasi untuk korang dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja korang boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja korang berada.
Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up' coverage hp korang. Mungkin korang berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!
Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017, 010, 018 dan sebagainya.
Caranya (Perhatian bila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :
Langkah 1 : Off atau matikan hp korang.
Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp korang.
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp korang.
Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp korang. Semasa hp korang on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp korang.
Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp korang tidak akan mengalami masalah coverage lagi!
*Sila ambil perhatian:
Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.
Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.
Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp korang dengan duit RM2 itu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID.10T' tidak muncul di skrin hp korang.
Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi korang 10 kali.
Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu yer tak??
p/s: hehe.. jgn marah haa...bergurau je...nasib baik la duit RM2 dah tak dicetak lagi. Kalau tak, mesti korang dah cube buat kan..heheh,
Misteriousgrapersz
4 comments:
abis masa baca kat sini jer
lawaknyer....hahaha...
Ok la, kire bangang gak la, nt cri idea yg lg bngang ye
haahaha ..damn !
Post a Comment