Untuk Peringatan diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka.Sedarlah wahai anak adam bahawa Bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia, namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.
Berkata Anas Bin Malik R.A.
Sesungguhnya setiap hari BUMI menyeru kepada MANUSIA dengan SEPULUH perkara.
Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, Tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, terapi ingatlah! engkau akan diazab di dalam perutku.
Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! engkau akan menagis di dalam perutku.
bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan kecewa di dalam perutku.
Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan menyesal di dalam perutku.
Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, Tetapi ingtalah! Engkau akan dimakan oleh ulat didalam perutku.
Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan dihina didalam perutku.
Engkau berlari riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan jatuh didalam perutku dalam keadaan dukacita.
Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan tinggal dalam kegelapan didalam perutku.
Engkau hidup diatas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.
"Dan persiapkanlah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah ketaqwaan, bertaqwalah kepada Aku wahai orang yang berfikir." (Al-Baqarah ayat 197)
I Love Islam
0 comments:
Post a Comment