Saturday, January 26, 2013

Penampilan Selebriti Yang Sejuk Mata Memandang

Sejak akhir-akhir ini kita dapati sudah ramai selebriti wanita kita sudah mula merubah penampilan mereka ke alaf baru. Apa yang dimaksudkan dengan alaf baru ialah penampilan mereka sudah berubah dari seorang yang pada mulanya dipandang sedikit negatif namun sekarang mereka berpenampilan lebih positif dan sopan.

Perubahan ini adalah suatu contoh yang baik bagi para peminat mereka juga. Gaya sopan dan muslimah yang mereka bawakan sangat menarik dan sejuk mata memandang berbeza dari sebelumnya. Bukan itu sahaja wajah mereka juga kelihatan semakin berseri-seri sekarang. Fazurina, Farah Asyikin, Noor Khiriah dan Abby Abadi merupakan selebriti yang telah mula bergaya dengan penampilan baru mereka.
Alhamdullilah penampilan baru mereka ini benar-benar menarik untuk dilihat. Mudah-mudahan penampilan mereka ini benar-benar ikhlas dari hati mereka masing-masing dan bukan hanya ikutan fesyen sahaja. Apa yang pihak OHBULAN! harapkan penampilan mereka ini akan kekal buat selamanya dan kami mendoakan agar mereka terus berjaya kelak tidak kira dalam apa jua yang mereka bakal tempuhi.

Kredit Foto : Google

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More