Saturday, January 26, 2013

Siapakah Siti Hajar? ~ Al-Fatihah

Bermula beberapa hari yang lepas keyword Siti Hajar kemalangan seakan menjadi carian panas di blog puterikasih.com. Seingat puteri, puteri tidak pernah pula menulis tentang seorang gadis bernama Siti Hajar yang kemalangan. Tertanya-tanya siapa pula SIti Hajar yang dimaksudkan. Dimana pula gadis ini kemalangan? Bagaimana keadaan dia sekarang?

Kesemua persoalan puteri terjawab bila puteri surf pakcik google. Seorang pelajar yang bernama Siti Hajar Binti Ahmad Sabir yang berusia 20 tahun telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 6 Januari yang lalu. Siti Hajar merupakan seorang pelajar di UTEM. Dan dia telah kembali menemui penciptanya pada tanggal 20 Januari.

Semasa tengah surf pakcik google, puteri terjumpa satu laman blog yang menceritakanRentetan Pengalaman Di Hari-hari Terakhir Siti Hajar Binti Ahmad Sabir. Kisah tersebut diceritakan sendiri oleh ibu kepada arwah Siti Hajar. Memang sebak hati puteri tatkala membacanya.

Walaupun puteri tidak pernah kenal siapa diri arwah, namun bila membaca rentetan pengalaman yang dilalui arwah Siti Hajar membuatkan puteri terasa betapa kerdilnya diri puteri di dunia ini. Malah puteri sendiri tertanya-tanya, adakah diri ini telah bersedia untuk pergi menemui pencipta andai masa telah tiba nanti.

Doa puteri semoga arwah tenang disana. Takziah dari puteri untuk keluarga arwah Siti Hajar. Ternyata keredhaan dan keihklasan hati arwah Siti Hajar membuatkannya cekal untuk melalui hari-hari terakhir dalam hidupnya.

p/s Hari esok belum pasti. Perbaiki diri selagi diberi peluang hidup di dunia ini.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More