Monday, June 25, 2012

15 Perkara Yang Menyebabkan Turunnya Bala Allah S.W.T.

Daripada Ali bin Abu Talib berkata, Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda : "Apabila umatku melakukan 15 perkara, pasti turun bencana menimpa mereka."


Lima belas perkara itu adalah seperti berikut :-

1. Menganggap kekuasaan sebagai suatu perniagaan mencari untung.

2. Menganggap amanah seperti ghanimah (harta rampasan perang).

3. Menganggap membayar zakat adalah merugikan.

4. Lelaki atau suami tunduk kepada isterinya.

5. Anak derhaka kepada ibunya.

6. Anak lebih taat kepada kawannya berbanding kepada orang tuanya.

7. Anak membenci ayahnya.

8. Ramai orang Islam menjerit-jerit di dalam masjid dan dijalanan.

9. Pemimpin adalah orang yang rendah budinya.

10. Orang ditakuti kerana kejahatannya.

11. Penjualan dan minuman arak berleluasa.

12. Ramai orang memakai sutera.

13. Penari wanita berleluasa.

14. Muzik dimainkan di merata-rata tempat.

15. Umat Islam pada hari ini mengutuk umat terdahulu termasuk para sahabat ,tabiin, para ulama ilmiah dan imam.

"Maka pada saat itu, tunggulah datangnya azab termasuk angin merah, gempa bumi, tanah runtuh dan kemusnahan." (Hadis Riwayat Tirmizi)

“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia.” – Riwayat Thabrani

"Semoga ALLAH merahmati hamba yang telah menjadikan percakapannya sebagai zikir, diamnya sebagai tafakkur, pandangannya sebagai iktibar, dan geraknya sebagai perhambaan, dan daripada lisan serta tangannya manusia mendapat kesejahteraan" – Saidina Ali Karramallahu Wajhah

Misteriousgrapersz

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More