Monday, June 25, 2012

35 Pantang Larang Untuk Bakal Pengantin


1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jangan tidur di rumah orang takut terkena ilmu. Ia juga adalah untuk menjaga nama baik keluarga.

3. Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering. Mungkin kerana nak menjaga kesihatan dan kebersihan diri.

6. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri daripada perkara sihir.

7. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

8. Elakkan meminum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

9. Kurangkan memakan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama - (ini macam tak leh pakai jer).

10. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

11. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat).

12. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.

13. Elakkan terlalu banyak memakan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksik.

14. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

15. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.

16. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin.

17. Untuk perempuan, pastikan diri sentiasa bersih. Cukur apa-apa yang patut.

18. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

19. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

20. Elakkan meminum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.

21. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

22. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

23. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

24. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

25. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

26. Jangan bercelak atau berlangir(berbedak ler) serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

27. Elakkan makan dan minum sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

28. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

29. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

30. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung - ini dah jarang orang buat dah.

31. Kedua-dua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

32. Jangan makan leher ayam nanti terlentuk masa bersanding (di hadapan saudara-mara jer).

33. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

34. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

35. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.

p/s: kebanyakkannya lebih kepada petua org tua-tua je nie...apa-apa pun, buat yang mana patut sahaja ok =) ...yang lain tu kalau rasa tak patut buat, tinggalkan je...

Misteriousgrapersz

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More