Tuesday, June 26, 2012

Gadis Thailand Melukis Dengan Payudaranya Di Live Realiti Show




Seorang seniman mencetuskan kemarahan di Thailand setelah dia melukis dengan buah dadanya dalam sebuah acara televisyen.

Wanita muda itu mengikuti Uji bakat Thailand Got Talent dan membuat terpegun para juri ketika dia mempamerkan tubuh topless-nya, dan kemudian menggunakan kedua-dua payudaranya sebagai kuas ketika ia melukis pada sebuah kanvas.

Sebelumnya, wanita yang diketahui berusia 23 tahun ini menyapu tubuhnya dengan cat sebelum melukis pada kanvas sambil menari mengikut alunan muzik.

Yang paling mengejutkan adalah gadis tersebut berjaya melepasi ke babak berikutnya selepas dua juri lelaki memberinya suara sedangkan juri perempuan menolak memberikan suaranya.

Namun politik Thailand telah mengecam penerbit acara itu, dan menyebut tindakan tersebut sebagai sesuatu yang "mengejutkan".

Pembuat Thailand Got Talent kemudian dipanggil untuk melakukan perbincangan dengan Menteri Kebudayaan, Sukumol Kunplome. Dan ia pun diberi amaran bahawa aksi telanjang di televisyen adalah sesuatu yang tidak sesuai.

"Harus ada batasan pada ekspresi artistik. Kementerian akan bertemu penganjur Thailand Got Talent untuk mendapatkan penjelasan. "Tutur Kunplome.

Dia juga menambah bahawa acara itu telah dirakam terlebih dulu, dan bukan siaran langsung, dan penganjur seharusnya boleh menyunting kandungan yang "tidak sesuai".








0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More