Johann Sebastian Bach (1685-1750)
Johann Sebastian Bach adalah seorang komposer Jerman. Ia menggubah muzik untuk alat-alat muzik organ, harpsichord dan clavichord, dan juga untuk orkestra. Karyanya yang paling terkenal adalah Brandenburg concerto. Dan kalau kamu ada yang main 02JAM (game online music), terdapat beberapa karya bach seperti BACH invension.
Ludwig Van Beethoven (1770-1827)
Beethoven adalah seorang komposer Jerman yang mencipta muzik yang menarik dan dramatik. Bila pertama kali diperdengarkan, musiknya dianggap sangat memukau dan asli. Ia terus menulis komposisi lagu bahkan setelah ia menjadi pekak.
Ravi Shankar (1920 - sekarang)
Ravi Shankar (1920 - sekarang) Ravi Shankar adalah seorang komposer India yang terkenal kerana kepiawaiannya bermain sitar. Musiknya dikagumi oleh The Beatles dan Yehudi Menuhin. Ia adalah murid dari Allauddin Khan (pengasas sekolah muzik klasik India, Maihar gharana), Pandit Ravi Shankar adalah seorang instrumentalis India yang terkenal dengan karya rintisannya yang membawa kekuatan dan pesona muzik klasik tradisi India ke dunia Barat. Ini dilakukan melalui kerjasamanya dengan The Beatles khususnya George Harisson dan juga kerana karisma peribadinya sendiri. Karier muziknya merentang selama lebih dari enam dekad dan Shankar baru-baru ini memegang Rekod Guinness untuk karier antarabangsa akhir.
John Michael Osbourne (1948-Sekarang)
Bob Marley (1945-1981)
Bob Marley merupakan penyanyi reggae berbangsa Jamaica. Ia mula dikenali di dunia musik reggae pada tahun 1962. Ia menikah dengan Rita Marley dan mempunyai 13 orang anak. Album pertamanya ialah The Wailing Wailers dilancarkan pada tahun 1965 bersama The Wailers. Pada 1974 lagu No Woman No Cry dikenali di Jamaica dan negara-negara Amerika. Namun pada tahun 1977 ia mengidap penyakit kanser. Pada tahun 1980, Marley pengsan semasa jogging di New York. Namun pada 1981 Marley meninggal dunia selepas mengalami kanser dalam 4 tahun terakhir. Ia meninggalkan seorang isteri dan 13 orang anak.
Jimi Hendrik (1942-1970)
James Marshall "Jimi" Hendrix adalah pemuzik, penyanyi, penulis lagu, gitaris dan tokoh budaya Amerika. Ia sering disebut sebagai salah satu pemain gitar elektrik yang paling berpengaruh dalam sejarah muzik rock. Dia boleh memainkan gitar dengan tangan kanan ataupun tangan kiri. Gitar Fender Stratocaster dengan tanda tangannya berharga sangat mahal. Jimi juga penemu efek gitar WAH pedal.
Heitor Villa Lobos (1887-1959)
Heitor Villa Lobos adalah seorang komposer muzik klasik yang menggunakan melodi dan ritme Brazil dengan pengaruh Afrika untuk mencipta muzik gaya baru yang indah. Ia adalah salah seorang komposer besar Amerika Latin.
Wolfgang Amadeus Mozart (1756-1791)
Wolfgang Amadeus Mozart menunjukkan kejeniusannya dalam bermusik ketika ia masih kanak-kanak. Kemudian ia dapat menghasilkan simfoni dengan beberapa nada yang dipilih secara rawak dari tuts piano. Hidupnya yang singkat, ia telah menulis lebih dari 600 komposisi muzik, termasuk 41 simphony, dan opera seperti The Magic Flute dan The Marriage of Figaro. Mozart menulis simfoni pertamanya sewaktu berusia 8 tahun.
Yehudi Mennin (1916-1999)
Yehudi Menuhin menjadi terkenal sebagai pemain biola berbakat pada usia awal. Ia mempertunjukkan konsert biola pertamanya di hadapan awam pada usia 7 tahun. Ia juga memimpin sebuah orkestra, dan mengadakan festival muzik. Tahun 1963, ia mendirikan sekolah musik di Inggeris untuk anak-anak berbakat. Lahir di New York, AS, ia pindah ke Inggeris tahun 1959 dan tinggal di sana sampai akhir hayatnya.
George Gershwin (1898-1937)
tabekpuang
0 comments:
Post a Comment