Thursday, July 19, 2012

7 Wanita Terkaya Di Dunia Tahun 2012

Walaupun para wanita terkaya di dunia ini tak menempati peringkat 10 orang dengan kekayaan terbesar di dunia namun tetap saja para wanita ini memiliki kekayaan berlimpah ruah yang memang sebahagian besar didapati dari syarikat keluarga. Tujuh wanita terkaya di dunia ini terdiri dari pelbagai kebangsaan dan juga profesion. Siapa saja ya, Jom kita lihat.....


Keluarga Christy Walton


Christy Walton dengan kekayaan sebanyak 25,3 juta dollar merupakan wanita terkaya di dunia yang menerima hampir 200 juta pembahagian dividen di saham Wal-Mart selama enam bulan terakhir. Saham Wal Mart sendiri juga mengalami kenaikan sebanyak 16 peratus di waktu yang sama. Seperti yang kita ketahui bahawa Wal Mart adalah rangkaian supermarket terbesar di Amerika Syarikat.


Liliane Bettencourt


Wanita ini menduduki tempat kedua dengan jumlah kekayaan sebanyak 24 bilion dollar. Wanita yang mendapatkan kekayaannya dari L'Oreal kosmetik dan produk kecantikan wanita ini juga merupakan wanita terkaya Eropah. Ia sendiri menderita penyakit dementia sejak tahun 2011.


Alice Walton


Wanita dengan kekayaan 23,3 bilion dollar ini memang merupakan sebahagian daripada keluarga Walton yang menguasai Wal Mart. November lalu Alice Walton membuka sebuah muzium seni Crystal Bridges di Bentonville, Ark dan muzium ini juga memaparkan benda-benda koleksi peribadinya.


Georgina Rinehart


Wanita asal Australia yang mempunyai hasil kekayaan sebanyak 18 bilion dollar ini berjaya melalui usaha pertambangannya. Bahkan ia berjaya menandatangani deal dengan syarikat besi asal Korea Selatan yang membeli sekitar 15% sahamnya.


Keluarga Iris Fontbona


Irist Fontbona dengan bidang usaha perlombongan dan jumlah kekayaan sebanyak 17,8 juta dollar adalah isteri dari mendiang Andronico Luksic yang meninggal kerana kanser di tahun 2005. Selama bulan Disember 2011 keluarga ini menderma sebanyak 3 bilion dollar untuk menolong warga Chili yang mempunyai kecacatan.


Keluarga Birgit Rausing


Wanita ini dan ketiga anaknya mewarisi kekayaan sebanyak 14 bilion dollar dari syarikat pembungkusan raksasa Sweden Tetra Laval setelah suaminya meninggal tahun 2000. Syarikat ini meraih keuntungan sebanyak 12 bilion dollar kerana teknologi pembungkusan yang membolehkan bahan makanan seperti susu dan jus oren boleh dikemas tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk.


Jacqueline Mars


Wanita dari Amerika ini dan kedua saudara lelakinya mendapatkan keuntungan sebanyak 31,6 juta dolar dari syarikat gula-gula terbesar di dunia Mars. Salah satu wanita terkaya ini mempunyai kekayaan sebanyak 13,8 juta dollar.

tabekpuang

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More