Saturday, July 21, 2012

Cool: Skuter Elektrik Mempunyai Bumbung Seperti Kereta (7 Gambar)

Sangat cool dan futuristik!

Syarikat Lit Motor telah memperkenalkan sebuah prototaip skuter elektrik yang diberi nama C-1. Prototaip skuter ini mempunyai bumbung dan pintu seperti kereta.

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimanakan keseimbangan kenderaan ini kerana tiada tayar tambahan mahupun ruang untuk kaki mencecah tanah bagi menyokong dua roda tersebut untuk berdiri? Sebenarnya C-1 dikawal oleh sistem elektronik Gyroscope yang membolehkannya terus berdiri seimbang dalam keadaan sedang berhenti, bergerak mahupun ketika berlakunya perlanggaran.

Bateri skuter ini mengambil masa selama 4 hingga 6 jam untuk di cas dan setiap bateri yang dicas penuh, ianya boleh bertahan dalam jarak 150 hingga 220 batu. Boleh memuatkan seorang pemandu dan seorang penumpang, kelajuan maximumnya pula boleh mencecah sehingga 120 mph.

Pengeluaran model sebenar dijangka siap pada tahun 2014 dengan harga sasaran dalam lingkungan 12000 hingga 16000 USD.










0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More