Sunday, July 1, 2012

Fakta Menarik III

Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada 'Sahra' yang bermaksud liar atau terbiar. Manakala penyanyi Siti Sarah pula mendapat nama daripada bapanya yang bernama Raisudin.

Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan manakala menghidu gam dan menghisap dadah juga boleh mengurangkan berat badan malah boleh juga membawa maut. 

Secara purata, seseorang akan menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya manakala beruk dan monyet pula tidak perlu bergayut semasa hendak menggunakan telefon. 

Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia manakala di dalam sungai klang terdapat beribu-ribu bahan kimia dan juga sampah-sarap. 

Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya manakala kumpulan rap Malaysia Too Phat pula sinonim dengan yo..yo..ya a auw..ya auww!!!

Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari manakala Ratu Elizabeth pula boleh hidup menjangkau usia 100 tahun.

Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya manakala maknyah pula hanya boleh menukar jantinanya sekali sahaja.

Tikus kasturi, mamalia paling kecil di dunia hanya makan 4 kali lebih berat daripada badannya dalam masa 36 jam manakala limau yang paling kecil sekali di dunia adalah limau kasturi dan di tanam di Kg. Limau.

Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni.

Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More